Belajar Sebagai Persediaan, Ini Cara Mudah Tukar Lampin Pesakit Dewasa Yang Terlantar
Lampin pakai buang bukan sahaja diguna oleh bayi, malah ia juga memudahkan penjagaan orang dewasa yang sakit dan tidak sihat.
Bagi mereka pernah menjaga pesakit yang terlantar dan tidak boleh bergerak, pasti sudah sudah arif dan tahu tentang lampin pakai buang orang dewasa ini, kan?
Namun begitu, menukar lampin orang dewasa, lebih-lebih lagi pesakit yang terlantar dan tidak mampu bergerak bukanlah satu tugas yang mudah.
Selain perlu mempunyai kesabaran yang tinggi, anda juga harus menguasai teknik-teknik menukar lampin yang betul. Ia dapat membantu memudahkan proses menukar lampin dengan pantas dan selamat.
Justeru, kali ini SK mengambil kesempatan untuk berkongsi teknik atau cara mudah untuk anda menukar lampin pakai buang buat pesakit dewasa yang terlantar.
Ilmu bermanfaat ini diambil daripada perkongsian yang dibuat baru-baru ini oleh seorang pengguna TikTok, @syuaibrehab.
Cara tukar lampin pesakit dewasa yang terlantar
Menurut @syuaibrehab, lamkah pertama bermula dengan memastikan pesakit berada pada posisi yang tepat dan mula membuka lampin terlebih dahulu.
Seterusnya, lipat kaki dan tangan pesakit lalu baringkan pesakit ke bahagian sisi badannya. Letak bantal sebagai penyendal pada badan pesakit supaya posisi pesakit tidak bergerak dan memberikan keselesaan kepadanya.

Selepas badan pesakit dimiringkan, anda boleh cuci badan dan kotoran pesakit menggunakan tisu atau kain basah. Gulungkan lampin yang sudah kotor tadi lalu selitkan lampin yang baharu di bawah lampin kotor yang sudah digulung.
Langkah seterusnya adalah alihkan bantal lalu lipat sebelah lagi kaki pesakit dan ulangi langkah yang sama seperti di bahagian yang sudah dicuci tadi.

Lakukan proses yang sama untuk kali kedua bagi memastikan pesakit bersih dan selesa daripada kekotoran najis.
Langkah terakhir adalah dengan melipatkan kedua-dua kaki pesakit tadi lalu pakaikan lampin seperti biasa. Kini pesakit sudah bersih dan boleh dipakaikan dengan pakaian yang bersih semula.

Meninjau ke ruangan komen, perkongsian menarik itu telah menerima pelbagai reaksi dan komen daripada pengguna media sosial tersebut.
BACA: Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Terima kasih tunjukkan cara. Untuk persediaan di hari kemudian. Untuk jaga ibu bapa, mentua atau suami yang sakit,” tulis seorang netizen.
“Terima kasih, ia sangat membantu,” tulis seorang lagi netizen.
Selain itu, ada pengguna juga dilihat meninggalkan komen berkongsi pengalaman menjaga dan menukar lampin ahli keluarga mereka yang sakit.
“Dah laluinya masa jaga arwah bapa. Macam ni la buat sorang-sorang. Alhamdulillah dapat berkhidmat untuk arwah. Semoga bapaku tenang di syurga,” tulis seorang netizen berkongsi pengalaman.
“Ya Allah rindunya arwah mak. Rutin harian setiap hari, mula daripada 24/4/2022 hingga hujung nafas beliau pada 11/9/2023. Hanya Allah tahu betapa rindunya dekat mak,” tulis seorang lagi.
BACA: Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor
@syuaibrehab Thank you Aiman sebab pinjamkan badan. #caregiver #caretaker #bedridden #fyp #stroke #syuaibrehab #lumpuh #tracheostomy #nurselife
Semoga perkongsian pada hari ini dapat memberikan manfaat dan ilmu kepada semua pembaca.
Sumber: TikTok/@syuaibrehab