Siakap Keli
onn hafiz rozi mamat umno
Gambar: Bernama

Onn Hafiz, Rozi Mamat Dilantik Ketuai UMNO Johor, Terengganu

Onn Hafiz, Rozi Mamat Dilantik Ketuai UMNO Johor, Terengganu

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) — Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dilantik sebagai  Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor yang baharu berkuat kuasa serta-merta menggantikan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Setiausaha UMNO Terengganu Datuk Rozi Mamat pula dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang berkongsi perkara itu dalam hantaran di Facebook hari ini turut mengucapkan tahniah kepada kedua-dua mereka serta menzahirkan penghargaan terhadap Mohamed Khaled dan Ahmad sepanjang memimpin UMNO negeri masing-masing.

“Moga dapat meneruskan usaha memperkukuh dan memperkasakan UMNO sebagai wadah perjuangan bangsa, agama dan tanah air,” katanya.

BACA JUGA: Penemuan Mayat Zayn Rayyan: Kita Dah Lakukan Pencarian Di Tempat Sama Tapi Tak Jumpa – Polis

Dalam pada itu, Onn Hafiz dalam hantaran di Facebook memohon seluruh kepimpinan dan ahli UMNO Johor supaya dapat sama-sama beliau bergerak sebagai satu pasukan dalam memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang melantik dan memberi kepercayaan kepadanya menerajui UMNO Johor.

Onn Hafiz, 44, antara enam Ketua Bahagian di Johor yang menang tanpa bertanding pada pemilihan UMNO di peringkat bahagian, Februari lepas.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: