Siakap Keli
pengantin barang wajib
Gambar: Twitter (X) @ctjamil92

Pastikan Semuanya Selesa, Bakal Pengantin Jangan Lupa Bawa 5 Benda Ni Masa “Fitting” Terakhir

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pastikan Semuanya Selesa, Bakal Pengantin Jangan Lupa Bawa 5 Benda Ni Masa “Fitting” Terakhir

Majlis perkahwinan adalah hari yang paling ditunggu-tunggu oleh pasangan bagi meraikan fasa baharu dalam kehidupan berumahtangga.

Sudah tentu, persiapan majlis telah dilakukan beberapa bulan awal bahkan ada mempersiapkan setahun lebih awal agar tidak tergesa-gesa.

Bagi setiap pasangan, mereka terpaksa meluangkan waktu, tenaga dan wang ringgit demi mencari barangan kelengkapan perkahwinan terutamanya baju pengantin yang bakal disarungkan pada hari penuh bermakna.

Oleh itu, pemilihan pakaian ini haruslah sesuai dan memenuhi citarasa bakal mempelai.

Pun begitu, pemakaian set ini kadangkala berlaku sedikit ketidaksempurnaan seperti anak tudung tidak selesa bagi pengantin perempuan dan kain samping yang tidak menjadi bagi pengantin lelaki.

Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsikan beberapa barang yang wajib dibawa oleh pengantin ketika sesi fitting terakhir. Ia bagi memastikan bakal pengantin selesa dengan pakaian yang akan dipakai pada hari perkahwinan.

Jadi tanpa membuang masa, mari ikuti perkongsian pemilik akaun Twitter (X) @ctjamil92 di bawah. Semoga bermanfaat.

Tips Pengantin Lelaki & Perempuan

Gambar: Twitter (X) @ctjamil92

Waktu i final fitting baju nikah, pihak butik ingatkan i wajib bawak semua barang kita nak pakai di hari majlis. Apa i bawak;

1. Tudung +Inner

2. Inner Baju

3. Stoking 

4. Body Shaper

5. Heels

Wajib semua ini. Supaya masa majlis kita selesa.

Kalau kita tak bawak semua tu masa fitting, nanti hari majlis kita akan rasa serba tak kena. Tudung tiba- tiba lain warna. Body shaper tak selesa, stoking licin tak kena dengan kasut, anak tudung tak selesa. Seumpama masa fitting, itulah kita di hari majlis. 

Lelaki pun wajib ya bawak apa dia nak pakai waktu nikah. Inner+ stoking+ kasut + samping + songkok. Semua ni wajib bawak supaya nampak dengan jelas apa yang kurang, apa yang tidak okay boleh ditambah. Contoh samping okay tak dengan baju, pakai inner panas tak.

BACA JUGA: Bakal Pengantin Wajib Tahu, Ini Tips Untuk Pastikan Mekap Kekal Lama & Berseri Di Hari Bahagia

Tip juga, masa fitting ini jangan lupa cuba untuk duduk, tanya designer camana nak duduk dengan selesa, cuba berjalan selesa atau pun tidak. Kalau pakai veil tutup muka. Cuba tanya camana nak buka, panjang mana nak letak. Semua tu perlu tahu sebelum majlis.

Kasut dan stoking sangat penting masa final fitting. Sebab kita nak tengok kesesuaian labuh kain. Kalau terlalu labuh walau dah pakai kasut, masa ini boleh lagi potong. Cuba jalan dan duduk ketika ini. Selesa atau tidak kasut dan stoking yang dipakai. 

Gambar: Twitter (X) @ctjamil92

Banyak kejadian yang pengantin tidak selesa ketika majlis ada yang stoking licin, body shaper tidak selesa sangat, anak tudung lain warna, tudung lain warna. So cuba pakaian lengkap beberapa minggu sebelum majlis sangat penting. 

Semoga dipermudahkan semua bakal pengantin amin.

Sumber: Twitter (X) @ctjamil92

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.