Siakap Keli
Penganjuran World Tourism Day
Kredit: MyMotac

Penganjuran World Tourism Day (WTD) Dan World Tourism Conference (WTC) 2025

Penganjuran World Tourism Day (WTD) Dan World Tourism Conference (WTC) 2025

4 Disember 2023 – Kementerian Pelancongan, Seni dan  Budaya (MOTAC) secara kerjasama strategik dengan  Kerajaan Negeri Melaka akan menganjurkan acara mega  bertaraf antarabangsa iaitu World Tourism Day (WTD) dan  World Tourism Conference (WTC) 2025 yang dijadualkan 

pada 27-29 September 2025

Malaysia telah terpilih sebagai negara hos bagi  penganjuran program sambutan WTD 2025 di peringkat  global dengan tema ‘Tourism and Sustainable  Transformation’. Pencalonan tersebut telah diluluskan  semasa United Nation World Tourism Organization (UNWTO)  25th General Assembly pada 19 Oktober 2023 di  Samarkand, Uzbekistan. 

Di samping itu, penganjuran program sambutan WTD 2025  dicadang diadakan bersempena dengan penganjuran  edisi ketujuh World Tourism Conference (WTC) 2025, iaitu  persidangan bertaraf antarabangsa anjuran bersama oleh 

Malaysia dan UNWTO setiap tiga (3) tahun sekali.  Penganjuran dua persidangan ini secara bersekali adalah  selaras dengan langkah Kerajaan Madani dalam  melaksanakan perbelanjaan secara berhemah dan ianya  dijangka bakal menjana keuntungan yang besar kepada negara.  

Kedua-dua program tersebut bakal menghimpunkan lebih  3,000 peserta antarabangsa dan tempatan dari 159 negara  anggota dan lebih kurang 500 ahli sektor swasta UNWTO  termasuk Menteri-Menteri Pelancongan, Ketua-Ketua  Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan dan tokoh-tokoh  industri pelancongan global. 

Terdahulu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato  Sri Tiong King Sing, yang mengetuai delegasi ke Samarkand,  Uzbekistan, turut menandatangani Memorandum  Persefahaman (MoU) dengan Uzbekistan untuk tempoh 10  tahun (2023–2033) bagi terus mempromosi dan  memperkukuh kerjasama antara kedua-dua negara dalam  bidang pelancongan.  

Sementara itu, YB Dato Sri Tiong King Sing hari ini  mempengerusikan Mesyuarat Kick-Off bagi penganjuran  WTD dan WTC 2025 bersama dengan Kerajaan Negeri  Melaka bagi membincangkan gerak kerja Jawatankuasa  Khas yang dilantik.  

YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka  merakamkan ucapan terima kasih atas Melaka terpilih sebagai tuan rumah untuk WTD dan WTC 2025. 

“Jawatankuasa induk dan jawatankuasa kecil akan mula  ditubuhkan pada awal tahun hadapan. Kita sedang  bersedia untuk menerima dan menguruskan penganjuran  ini dalam persediaan logistik dan prasarana”, ulas beliau  bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar. 

Melaka sememangnya negeri pelancongan yang telah  menarik lebih 5 juta pelancong oleh itu, program WTD dan  WTC 2025 ini akan menjadi satu nilai tambah sektor  pelancongan yang baik untuk Melaka.  

Pemilihan negeri Melaka sebagai tuan rumah bagi  penganjuran WTD dan WTC 2025 merupakan tanda  pengiktirafan terhadap komitmen dan kepimpinan pihak  kerajaan negeri yang sentiasa menerajui pembangunan  sektor pelancongan sehingga berjaya meletakkan Melaka  sebagai destinasi pelancongan yang terkenal di persada  dunia. 

Melaka merupakan salah sebuah bandar yang bersejarah  di Malaysia. Inilah juga yang menjadi faktor utama Melaka  berjaya terpilih sebagai bandar bagi penganjuran World  Tourism Day 2025 oleh pihak World Tourism Organization. 

Mengimbau kembali sejarah pada abad ke-15, Laksamana  Cheng Ho telah berkunjung ke Melaka, antara lain untuk  menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan  antara China-Malaysia dan seluruh Asia Tenggara pada  ketika itu.

Ramai pengembara dan masyarakat seluruh dunia telah menjejakkan kaki di Melaka ini dan meninggalkan banyak  warisan. Baik dari segi makanan yang beraneka jenis;  bangunan-bangunan dan rumah-rumah ibadat bersejarah;  warisan-warisan unik serta kepelbagaian agama, budaya  ada di Melaka ini. 

Persediaan penganjuran ini juga merupakan sebahagian  daripada langkah-langkah yang sedang diambil oleh  Kerajaan Malaysia ke arah pelaksanaan kempen Tahun  Melawat Malaysia 2026.  

Dalam tempoh 2024 hingga 2026, Malaysia juga akan  menjadi tuan rumah kepada lebih 156 acara perniagaan  dan persidangan antarabangsa dengan kesan pengganda  (multiplier effect) yang tinggi dan dijangka menjana impak  ekonomi bernilai RM2.3 bilion. 

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.