Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
lokasi dekat angkasa
Kredit: Bernama
Tiada Kategori

Bukan Puncak Everest, Rupanya Ini Lokasi Paling Dekat Dengan Angkasa Lepas

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Bukan Puncak Everest, Rupanya Ini Lokasi Paling Dekat Dengan Angkasa Lepas

Kita semua sedia maklum, angkasa lepas berada pada jarak yang sangat jauh dan mustahil untuk dicapai jika kita berdiri di permukaan Bumi.

Namun begitu, pernah tak anda terfikir, di Bumi ini, lokasi manakah yang paling hampir dengan angkasa lepas?

Jika anda menganggap puncak Gunung Everest sebagai lokasi di Bumi yang paling dekat dengan angkasa lepas, anda sebenar silap.

Sebenarnya, lokasi paling dekat dengan angkasa lepas sebenarnya terletak di Gunung Chimborazo di Ecuador.

Selain itu, puncak gunung berkenaan turut menjadi titik terdekat antara Bumi dengan satelit semula jadinya iaitu, Bulan.

Fakta ini mungkin kedengaran sedikit aneh kerana Gunung Chimborazo hanya berketinggian kira-kira 6,263 meter.

Ia jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan gunung tertinggi di dunia, Gunung Everest. Jadi, bagaimana Ecuador dan gunungnya boleh menjadi lokasi paling dekat dengan angkasa lepas?

Jawapan kerana lokasi Ecuador yang terletak di garisan Khatulistiwa dan hakikat sebenar bentuk Bumi.

Walaupun ramai sudah sedia maklum Bumi berbentuk sfera, namun ramai yang tidak tahu ia bukan berbentuk bulatan sfera yang sempurna.

Sebaliknya, ia berbentuk ‘sedikit’ berbonjol pada garisan Khatulistiwa, dimana banyak negara termasuk Ecuador terletak.

Oleh kerana bonjolan tersebut, lokasi di garisan Khatulistiwa menjadi lokasi paling hampir dengan angkasa lepas.

Jadi, puncak gunung yang berada berdekatan garisan Khatulistiwa dan bonjolan ini, seperti Gunung Chimborazo seolah-olah mendapat ketinggian ‘tambahan’.

Kekuatan graviti di Gunung Chimborazo lebih kurang berbanding tempat lain

Apabila menjadi titik terdekat dengan angkasa lepas, secara automatiknya juga, puncak Gunung Chimborazo menjadi lokasi terjauh dengan pusat Bumi.

Jarak antara Gunung Chimborazo dengan pusat Bumi ialah 6,384.4 kilometer, iaitu 2,163 meter lebih jauh daripada puncak Everest (6,382.3 kilometer) dengan pusat Bumi.

Selain itu, graviti lokasi berhampiran Khatulistiwa juga kurang berbanding lokasi-lokasi lain.

Perkara itu berlaku kerana daya sentrifugal daripada putaran Bumi selain jarak dengan pusat Bumi.

Oleh itu, daya graviti di puncak Gunung Chimborazo didapati kurang sebanyak satu peratus berbanding kawasan-kawasan lain.

Maksud di sebalik nama negara ‘Ecuador’

Uniknya, fakta-fakta ini seolah-olah terangkum dalam nama Ecuador/Equator itu sendiri.

Untuk pengetahuan pembaca, nama penuh Ecuador adalah Republica del Ecuador. Jika diterjemahkan ke bahasa Inggeris, ia membawa maksud “Republik Khatulistiwa”.

BACA: Tak Perlu Ambil Cuti & Beratur, Ini Cara Nak “Renew” Lesen Memandu Secara Online

Sumber: Exploration Junkie