Siakap Keli
gambar ultrasound rahim aurat
Kredit: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Gambar Ultrasound Rahim Pun Aurat? Ini Jawapan Yang Korang Kena Tahu

Gambar Ultrasound Rahim Pun Aurat? Ini Jawapan Yang Korang Kena Tahu

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mengimpikan untuk dikurniakan cahaya mata. Dalam dunia ini boleh dikatakan rezeki yang paling berharga ialah anak, siapa sahaja yang tidak mahukan anak? Mereka yang sudah berkahwin sahaja tahu betapa seronoknya apabila kit ujian kehamilan menunjukkan dua jalur (positif mengandung).

Perasaan gembira semestinya membuak-buak dan kalau boleh mahu dikongsi dengan orang ramai. Dari situ, kita mulalah menunjukkan gambar ultrasound di media sosial dengan meletakkan kapsyen tanda syukur.

Orang kata berita baik perlu dikongsi, bukan apa mahu dapatkan doa daripada orang ramai. Tetapi secara tidak sedar, sebenarnya perkara itu adalah salah. Kenapa salah? Kerana gambar imbasan perut itu membawa maksud perkara yang tersembunyi dalam Bahasa Arab.

Untuk lebih lanjut, mari baca perkongsian dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di bawah ini. Semoga kita tahu serba sedikit mengenai perkara yang tidak perlu dilakukan ketika mengandung.

Semoga di masa hadapan kita tidak mengulangi kesalahan yang sama.

BACA: Hukum Memakan Hamster Dalam Islam

AL-KAFI #417 : Adakah Foto Ultrasound Rahim Itu Aurat?

Soalan:

Salam. Selalunya wanita yang mengandung akan scan perut mereka untuk tengok keadaan bayi dikandung. Apakah hukum share gambar scan perut tersebut di media sosial? Jika Allah menyuruh kita menutup aurat hatta bahagian kulit, inikan pula bila kita menyebarkan apa yang berada di sebalik kulit kita terutamanya bahagian yang menjadi aurat.
Jazakumullah Dr.

Jawapan:

Waalaikumussalam wbt,

Kami berpendapat hal demikian tidak elok dilakukan kerana bertentangan dengan asal maksud janin itu sendiri. Janin itu berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud ‘perkara yang tersembunyi.’ Justeru, tidak patut ditunjuk-tunjuk kepada orang melainkan ada keperluan seperti urusan perubatan dan pengajaran. Dikhuatiri akan mengundang fitnah seperti aib dan sangkaan-sangkaan manusia.

Walau bagaimanapun, gambar foto bukanlah seperti aurat fizikal yang haram dilihat secara langsung, melainkan membawa kepada syahwat dan fitnah. Begitu juga organ dalaman manusia seperti hati, jantung dan rahim bukanlah dalam kategori aurat kerana demikian bukanlah makna perhiasan berdasarkan penjelasan Rasulullah SAW dan para sahabat.

Wallahua’lam.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.