Penangan “Review” Dari Khairul Aming, Mi Bandung Abang Nizam “Sold Out”
Figura bernama Khairul Aming (KA) cukup dikenali oleh ramai pengguna media sosial di Malaysia.
Beliau yang cukup dikenali dengan sifat yang peramah dan murah dengan senyuman ini sering menjadi tumpuan para pengikutnya.
Apa sahaja ulasan yang dibuat KA terhadap sesuatu produk pasti akan menjadi viral sekelip mata.
Situasi yang sama berlaku kepada sebuah kedai makan, Nizam Cendol Goncang yang berada di tengah pusat bandar Kuala Lumpur.
Orang ramai dikatakan menyerbu kedai makan tersebut hari ini, kurang 24 jam selepas KA membuat ulasan atau ‘review’ kedai tersebut.
Difahamkan, orang ramai sudah mula beratur untuk merasai sendiri menu yang ‘direview’ oleh KA sejak awal pagi.
Menurut KA, menu mi bandung yang dijual di kedai abang Nizam habis terjual sebelum pukul 2 petang tadi lagi.
“Mee bandung dan habis terjual. Orang beratur tak henti-henti dari pagi. Terima kasih semua yang sokong kedai abang Nizam,” tulis KA dalam ciapan terbarunya di laman X.
Menerusi perkongsian tersebut, KA turut memuat naik video dan gambar keadaan semasa di hadapan kedai tersebut.
Keadaan di depan kedai abang Nizam kelihatan sesak dengan barisan panjang para pelanggan.
Update : Mee bandung dah sold out guys. Orang beratur non stop dari pagi. Thank you semua yang support kedai abang nizam 🙏🏻 https://t.co/6SCZ7JipxR pic.twitter.com/WgAlJQiu24
— Khairulaming (@khairulaming) December 14, 2023
Semalam, KA telah berkunjung ke kedai tersebut dan memberikan ulasannya berkenaan menu yang dijual di kedai tersebut.
Antara menu yang dijual adalah Mi Bandung, Bihun Sup, Cendol RM1 dan lain-lain lagi.
“Selalu lepak makan sini dan memang layak untuk dipromosi. Korang kena cuba mee bandung dan bihun sup dia.
“Memang sedap. Cendol dia pun RM1 semangkuk,” kata KA dalam ulasannya.
BACA: Terliur, Khairul Aming Kongsi Resipi Burger ‘Mc Ming’ Ala Prosperity
Selalu lepak makan sini, and i think they deserve a promo.
Korang try mee bandung dan bihun sup dia. memang sedap. cendol dia pun rm1 semangkuk
📍Nizam Cendol Goncang, Taman Melati KL
(dah mintak izin owner untuk tolong viralkan. dia dah prepare extra staff) pic.twitter.com/XfdWJkQi4z
— Khairulaming (@khairulaming) December 13, 2023
Burger McMing
Sebelum ini, KA yang berkongsi resepi burger McMing turut mencetuskan fenomena sehingga jualan daging oblong keluaran Ramly habis terjual.
Difahamkan, burger daging oblong Ramly adalah salah satu bahan yang digunakan KA untuk menyediakan burger McMing.
Sumber: X/Khairul Aming