Siakap Keli
song ji hyo menang saman
Gambar: Instagram Song Ji Hyo

Tiada Rayuan Dibuat Bekas Agensi, Song Ji Hyo Menang Saman RM3.5 Juta

Tiada Rayuan Dibuat Bekas Agensi, Song Ji Hyo Menang Saman RM3.5 Juta

SEOUL — Pelakon Korea Selatan dan ahli Running Man, Song Ji Hyo dilaporkan menang saman bernilai 984 juta won (RM3.5 juta) terhadap bekas agensinya, Uzurocks, lapor Soompi.

Menurut AllKpop, secara keseluruhannya, Ji Hyo layak mendapat pampasan melebihi 1 bilion won (hampir RM3.6 juta).

Difahamkan, Ji Hyo memfailkan saman terhadap agensi tersebut selepas mengambil keputusan menamatkan kontraknya pada awal tahun ini. Tindakan itu berikutan Uzurocks gagal membayar gajinya.

Pada 22 November lalu, Ketua Hakim Kim Kyung-soo di Mahkamah Daerah Pusat Seoul memutuskan untuk berpihak kepada Ji Hyo selepas meneliti kes tersebut di bawah Bahagian Perjanjian Sivil 45 melibatkan hutang yang belum dibayar termasuk jumlah tambahan bagi faedah yang tertunda dan banyak lagi.

Mahkamah menetapkan tempoh rayuan selama dua minggu kepada agensi itu bermula pada 28 November.

BACA JUGA: Ketua Jurulatih Arab Saudi Minta Aksi Persahabatan Bertemu Malaysia Dibatalkan

Menurut AllKpop, sehingga 13 Disember (semalam), tiada pemfailan rayuan dibuat oleh Uzurocks di Bahagian Penyelesaian Sivil Mahkamah Daerah Pusat Seoul dalam tempoh rayuan yang ditetapkan selepas perbicaraan awal.

Oleh itu, Song Ji Hyo secara rasmi telah memenangi tuntutan mahkamah terhadap bekas agensinya.

Agensi itu sewaktu ditemui memberitahu bahawa pihaknya merancang untuk membayar jumlah tersebut.

Mengulas lebih lanjut mengenai mengapa tiada rayuan dibuat selepas mahkamah membuat keputusan, Uzurocks mengakui ia adalah kesalahan daripada pihaknya.

“Adalah wajar bagi kami bertanggungjawab untuk membayar semua hutangnya (Ji Hyo) kerana kami yang bersalah,” kata agensi itu.

Dalam pada itu, penguam bela Song Ji Hyo menyatakan pihaknya kini sedang berbincang secara dalaman mengenai langkah-langkah masa depan terhadap Uzurocks.

Sebelum ini, Uzurocks juga mencapai persetujuan untuk menamatkan kontrak pelakon wanita itu lebih awal.

Agensi hiburan itu tampil memohon maaf dan mengakui kesilapan mereka berhubung permasalahan yang berlaku berpunca daripada pihaknya.

Untuk makluman, Song Ji Hyo menandatangani kontrak eksklusif bersama Uzurocks pada Oktober tahun lalu.

Terbaharu, Song Ji Hyo dilaporkan telah menandatangani kontrak eksklusif dengan Nexus E&M pada bulan Oktober lalu.

Dia turut mengesahkan penglibatannya dalam filem terbaharu, Meeting House.

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Sumber: Naver, Soompi, AllKpop

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.