Siakap Keli
penumpang roller coaster
Gambar: X (Twitter)

Cemas, 32 Penumpang Tergantung Secara Terbalik, Roller Coaster Tiba-tiba Berhenti

Cemas, 32 Penumpang Tergantung Secara Terbalik, Roller Coaster Tiba-tiba Berhenti

TOKYO — Sebuah roller coaster di sebuah taman tema Universal Studios Jepun (USJ) di Osaka dilaporkan mengalami masalah teknikal sewaktu beroperasi semalam, lapor NHK World.

Menurut pengendali taman USJ,  roller coaster Flying Dinosaur berkenaan telah berhenti di salah satu laluan tertinggi permainan itu sekitar jam 11 pagi waktu tempatan.

Ketika kejadian, roller coaster berkenaan dinaiki seramai 32 orang penumpang. Ekoran itu, kesemua penumpang berkenaan terpaksa berdepan detik cemas tergantung secara terbalik pada ketinggian kira-kira 40 meter dari tanah.

Bagaimanapun, pihak pengurusan USJ memaklumkan pihaknya berjaya membawa kesemua penumpang ke tempat selamat menerusi tangga kecemasan.

Roller coaster itu berhenti secara automatik jika pengesan yang dipasang pada laluan mengesan kelainan,” katanya.

Manakala punca sebenar kejadian masih belum diketahui.

Sementara itu, dalam satu klip yang dimuat naik di platform X (Twitter) memaparkan detik-detik penumpang tergantung di udara selepas ia berhenti secara tiba-tiba, petik portal Mothership.

Menurut laman web rasmi USJ, permainan itu diilhamkan daripada filem Jurassic Park dengan meniru gerakan sejenis dinosaur terbang bernama Pteranodon.

Permainan itu menawarkan pengalaman berputar pada 360 darjah kepada para penumpangnya.

Dalam pada itu, Kyodo News melaporkan kejadian seperti itu bukanlah kali pertama dilaporkan berlaku. Pada 2018, sebuah roller coaster juga dilaporkan mengalami insiden yang serupa.

BACA JUGA: Roller Coaster Rosak, Lelaki Terlempar Ke Bawah

“Roller Coaster” Rosak, Pengunjung Cemas Tergantung Tiga Jam

Terdahulu, pengunjung sebuah festival di Wisconsin berdepan detik cemas apabila permainan ‘roller coaster’  yang dinaiki mereka tersangkut sebelum tergantung terbalik selama berjam-jam pada Julai lalu, lapor NBCNews.

Difahamkan, permainan roller coaster di Festival Forest County di Crandon itu terpaksa ditutup.

Penutupan itu berlaku selepas pengunjung yang menaiki permainan tersebut tergantung terbalik sekurang-kurangnya tiga jam.

Berdasarkan video yang dikongsi di media sosial, beberapa orang pengunjung dapat dilihat tergantung pada pemainan roller coaster yang terhenti tersebut.

Walau bagaimanapun, kesemua penumpang terselamat dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Sumber: NHK World, Mothership

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?