Siakap Keli
Kajian penyelidik Jepun
Kredit Facebook/Natipah Abu

Selepas 40 Tahun, Penyelidik Jepun Datang Malaysia Serah Kajian Berkaitan ‘Etnik Kensiu’

Selepas 40 Tahun, Penyelidik Jepun Datang Malaysia Serah Kajian Berkaitan ‘Etnik Kensiu’

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dengan kepelbagian kaum dan diversiti.

Jadi, boleh dikatakan negara ini adalah lubuk buat para pengkaji sama ada dalam atau luar negara untuk membongkar rahsia yang masih tersimpan rapi.

Salah satunya adalah kisah penyelidik dari Jepun yang datang ke Malaysia untuk melakukan kajian berkaitan Orang Asli Etnik Kensiu di Kampung Lubuk Legong, Kedah.

Difahamkan, penyelidikan tersebut dibuat oleh Profesor Nagata yang berasal dari Osaka dan bermula kira-kira 40 tahun yang lalu.

Perkongsian menarik berkenaan kajian sejarah itu telah dikongsikan oleh Natipah Abu di Facebook miliknya.

Natipah atau lebih mesra disapa Kak Pah adalah merupakan seorang aktivis masyarakat yang aktif dalam kegiatan pembangunan komuniti masyarakat.

Jom baca perkongsian beliau dibawah.

Naskah perlu disimpan di tempat yang betul

Dia datang beribu batu jauhnya semata-mata demi sebuah amanah. Hanya pecinta sejarah saja yang tahu betapa pentingnya apa yang dia lakukan.

Kak Pah harap jika ada yang terlibat dengan sejarah dan terbaca posting Kak Pah ni, dapat pm Kak Pah agar naskah bersejarah ini dapat disimpan di tempat yang betul.

Pada 40 tahun yang lalu, Profesor Nagata yang berasal dari Osaka telah datang ke Kampung Lubuk Legong, Baling, Kedah untuk melakukan kajian (berkaitan) Orang Asli Etnik Kensiu.

Etnik Kensiu sangat istimewa kerana populasinya sekitar 300-400 orang dan hanya terdapat di Ulu Legong, Baling, Kedah sahaja.

Professor Nagata merupakan seorang pengkaji etnik/suku kaum dan beliau ketika itu merupakan pensyarah di Universiti Penyelidikan Toronto, Kanada.

Selepas melakukan kajian pada tahun 70-an, Professor Nagata telah pulang ke Jepun dan meninggal dunia ketika usianya menjangkau 80 tahun.

Tanggal 13/12/2023, Professor Dr. Nobuta Toshihiro yang merupakan seorang pakar kajian di National Museum Atnhology, Suika, Osaka, Jepun telah datang ke Kedah untuk menyampaikan hasil kajian/tesis berkaitan Etnik Kensiu yang disimpan di perpustakaan di Jepun.

Majlis ringkas serahan tesis yang bersejarah ini telah diadakan di Dewan Kampung Lubuk Legong, Baling.

Serahan disempurnakan oleh Professor Nobuta Toshihiro kepada Tok Batin Razali mewakili Orang Asli Etnik Kensiu.

Diharap kepada pihak yang berkenaan boleh tampil ke hadapan selepas membaca perkongsian daripada SK pada kali ini.

Ini kerana, kajian bersejarah seperti ini perlu disimpan dan dipelihara agar ia menjadi sumber rujukan penting kepada masa akan datang.

BACA: Hafidz Roshdi Sah Bergelar Suami Kepada Athira Yuhada

https://www.facebook.com/Pahtiepah/posts/pfbid02hm1pEj9AaKjYirUf5ZhJZDJVfQGUrQDoWW8MkgDsJqbihtuE27fyTBTsuediFwBTl

Sumber: Facebook/Natipah Abu

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.