Siakap Keli
tomyam goong khairul aming
Kredit:

Pekat Dan “Creamy”, Ni Cara Buat Tomyam Goong “Style” Khairul Aming

Pekat Dan “Creamy”, Ni Cara Buat Tomyam Goong “Style” Khairul Aming

Dengan cuaca yang tidak menentu ini biasanya kita mesti idamkan masakan panas yang bersup seperti mi sup, bihun sup, tomyam dan lain-lain.

Apabila tiba musim hujan, kita lebih pilih dan selesa untuk duduk di rumah disebabkan tidak mahu terkena air hujan.

Pada waktu sebeginilah, sesuai untuk makan makanan bersup seperti tomyam goong, yang mempunyai rasa berlemak, pedas, segar dan banyak lagi!

Cakap saja mengenai tomyam goong, hari ini selebriti internet, Khairul Aming berkongsi kepada orang ramai tentang cara pembuatan tomyam goong.

Sinonim dengan tagline,hey wassup guys’, dia menunjukkan cara bagaimana untuk mendapatkan tomyam goong yang berlemak, pekat dan masam. Tunggu apa lagi, mari ikuti langkah membuatnya di bawah ini.

Cara buat Tomyam Goong style Khairul Aming

Kredit: @khairulaming/X

Pertama sekali, panaskan minyak kemudian gorengkan kepala udang dengan kulit udang sehingga ia bertukar warna perang dan keluarkan.

Kemudian, kisarkan gorengan kepala udang dan kulitnya dengan air. Selepas itu, tapiskan sebelum masuk ke dalam kuali yang sama.

Kalau nak tahu, air udang itu yang membuatkan hidangan lebih sedap berbanding biasa.

Seterusnya, tambahkan air kosong di dalam kuali berisi air tapisan udang, letakkan tiga akar daun ketumbar, tiga batang serai, halia sebesar ibu jari, lengkuas sebesar ibu jari, satu biji bawang merah dan enam helai daun limau purut.

Dalam pada itu, tambah tiga sudu pes tomyam dan satu sudu pes cili Thai (bersifat pilihan, kalau nak tambah lagi sedap).

Selepas bahan sudah sebati dan menggelegak, masukkan udang, cili padi dan setengah tin susu sejat, tomato, enoki, gula, garam serta serbuk perasa.

Kemudian jangan lupa tambah tiga sudu sos ikan dan padamkan api. Setelah itu, boleh sediakan dengan mi atau bihun dan perahkan limau nipis dan taburkan daun ketumbar.

BACA: Terliur, Khairul Aming Kongsi Resipi Burger ‘Mc Ming’ Ala Prosperity

Koktail buah naga

Kredit: @khairulaming/X

Dalam video yang sama, Khairul Aming juga berkongsi satu lagi resipi pencuci, iaitu koktail buah naga. Memang tidak lengkap sekiranya hidangan tidak disediakan sekali dengan air.

Bagi mereka yang lebih suka minum air manis, mungkin boleh cuba resipi KA ini cara untuk membuatnya sangat mudah.

Untuk mendapatkan pencuci mulut yang sedap itu, sediakan beberapa bahan ini seperti susu pekat, susu sejat, ais, buah naga dan sagu.

Letakkan dua sudu susu pekat di dalam mangkuk yang dipenuhi dengan susu sejat.

Sementara itu, dalam mangkuk berasingan yang berisi ais, tambahkan juga buah naga, sagu yang telah direbus.

Tuangkan campuran susu itu ke dalam mangkuk berisi bahan-bahan tadi dan siap!

Kalau sudah cuba bolehlah kongsi macam mana kejadiannya. Selamat mencuba!

Sumber: @khairulaming/X

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.