Siakap Keli

ELBA Tawar Produk Inovatif Untuk Kediaman & Dapur Kontemporari Pada Harga Mampu Milik 

Kuala Lumpur, 19 Disember 2023: ELBA, jenama terkemuka di bawah Fiamma Sdn Bhd, menjadi pembekal perkakasan rumah dan elektrik yang dipercayai sejak 1979 melancarkan barisan produk baharunya yang bakal merevolusikan pasaran perkakasan dapur dan rumah minggu lalu.

Sebahagian besar produk yang dilancarkan adalah serba baharu, sekali gus mempamerkan dedikasi ELBA untuk kekal di barisan hadapan dalam kemajuan teknologi dalam industri. Fokus teras pelancaran yang dinanti-nantikan ini tertumpu kepada aspek “Memasak & Penyejukkan” ataupun “Cooking & Cooling,” aspek yang menonjolkan kepakaran ELBA dalam kedua-dua bidang itu.

Sebab utama pelancaran adalah dua perkara: pertama, bagi memperkenalkan produk baharu utama ELBA di pasaran; dan kedua, adalah untuk mempamerkan ciri luar biasa dan cadangan jualan unik (USP) yang ditawarkan kepada pengguna akhir menerusi produk ini. Produk utama yang mencuri tumpuan pada acara pelancaran ialah Peti Sejuk dan Penyedut Asap & Dapur Gas Terbina Dalaman.

Pada acara itu, Encik Tok S.M, Pengarah Urusan ELBA berkata: “Kami meningkatkan keupayaan kami dengan membawa perkakasan rumah kontemporari mampu milik paling luas kepada pengguna akhir.” Komitmen terhadap kecemerlangan dan inovasi ini menekankan dedikasi ELBA untuk meningkatkan kehidupan pelanggannya menerusi produk termaju.

Acara pelancaran ini merupakan satu kejayaan memberangsangkan dengan kehadiran hadirin yang berpeluang merasai pengalaman membabitkan produk ELBA baharu dengan lebih dekat. Orang ramai dapat meneroka dan merasai produk yang dipamerkan, melihat secara langsung ciri-ciri luar biasa dan teknologi canggih yang membezakan ELBA dalam dunia perkakasan rumah dan elektrik.

“Komitmen ELBA terhadap inovasi dan kualiti benar-benar menyinar menerusi tawaran terkini kami. ELBA ialah penyedia penyelesaian kediaman yang dipercayai yang memberi inspirasi dan memperkayakan kehidupan wanita moden dan pintar. Kami telah berusaha keras untuk menjadikan pengalaman memasak dan penyejukan menjadi mudah kepada pengguna,” tegas Encik Tok S.M, bagi mencerminkan kejayaan pelancaran itu.

ELBA memperkenalkan koleksi Mastro yang menjadi rangkaian produk memasak utamanya. Koleksi istimewa itu merangkumi Penyedut Asap dan Dapur Gas Terbina Dalaman, Ketuhar Terbina Dalaman, Laci Penghangat dan Dapur Masakan Profesional. Mastro bukanlah hanya set perkakasan, ia sebaliknya mengetengahkan gabungan rekaan pintar, selain lengkap dengan fungsi canggih untuk menjadikan proses memasak lebih mudah. Pengenalan Koleksi Mastro bukan sekadar mengenai masakan, malah merangkumkan proses menyeronokkan dalam menaik taraf dapur yang ringkas, bergaya dan pintar.

Salah satu ciri yang menonjol daripada Koleksi Penyedut Asap Mastro ialah penggabungan paparan  LCD TFT. Reka bentuk yang elegan ini, ditambah dengan kawalan gelongsor dan pemasa pintar untuk mengawal sentuhan sensor, menjadikan fungsi tambahan visual yang menarik bagi mana-mana dapur.

Bukan sekadar penampilan, Designer Hood ini direka bentuk untuk memudahkan pengalaman memasak. Ia menawarkan program berbilang fungsi, kuasa sedutan tinggi dan pelbagai fungsi lain yang menakjubkan.

Sub-kategori di bawah siri ini:

• Penyedut Asap & Dapur Gas

Teknologi Hob Link mewujudkan sambungan pintar antara penyedut asap dan dapur gas, sekali gus memperkemaskan kemudahan dengan tiada lagi keperluan mengaktifkan penyedut asap secara manual dengan setiap sesi memasak. Semua ini digabungkan dengan Teknologi Penapis Plasma bagi membersihkan udara, iaitu BLDC Motor untuk pengekstrakan cekap yang direka bentuk dengan bersepadu untuk dapur estetik yang lancar.

• Ketuhar Terbina Dalaman

Ketuhar Terbina Dalaman dengan Langkah Terbina dan Panel TFT menawarkan panduan memasak dengan arahan demi arahan serta pemasa untuk memastikan penyediaan hidangan yang tepat. Fungsi serba bolehnya, termasuk stim, memanggang, membakar dan gorengan udara membolehkan anda mencipta pelbagai jenis hidangan. Kemasan Metallic Graphite Matte bukan hanya menambah sentuhan anggun, malah dapat mengelakkan kesan cap jari, sekali gus menjadikan proses penjagaan lebih mudah.

• Dapur Masakan Profesional

Dapur Masakan Profesional dilengkapi dengan Resepi tersedia dan Panel TFT, sekali gus menawarkan langkah demi langkah ketika memasak dan pemasa bagi memastikan penyediaan hidangan yang tepat. Penunu SABAF meningkatkan kecekapan dan kemampuan yang membolehkan pelbagai fungsi memasak seperti membakar, memanggang dan gorengan udara. Dengan keupayaan ini, periuk terbabit menyediakan spektrum pilihan yang luas untuk menyajikan pelbagai jenis hidangan lazat.

• Laci Penghangat

Laci Penghangat direka bentuk untuk membolehkan pengguna menetapkan suhu hidangan yang sempurna, sekali gus menawarkan kemudahan dan fleksibiliti dalam mengekalkan kehangatan serta rasa hidangan sehingga disediakan. Dengan kemasan Metallic Graphite Matte, ia bukan sahaja dapat memastikan suhu hidangan yang ideal tetapi menambah sentuhan bergaya dan elegan pada dapur anda.

Rangkaian dapur ELBA dengan Penyedut Asap Bersepadu ialah kemuncak ketepatan kejuruteraan dan reka bentuk elegan yang direka untuk menawarkan pengalaman memasak terbaik sambil prestasi dan gaya tiada tandingan ke dapur.

Siri ini menampilkan Teknologi Penapis Plasma yang inovatif, dan mengurangkan keperluan untuk pengudaraan tambahan sekali gus menyediakan persekitaran memasak yang lebih nyaman, selain memastikan udara kekal bersih di dapur. Ia menjadi pilihan ideal untuk pemilik rumah yang mementingkan kesihatan.

Ia juga dilengkapi dengan BLDC Motor berprestasi tinggi yang memberikan pengekstrakan berkuasa sambil kekal cekap tenaga yang menyumbang kepada penyelesaian dapur yang mampan serta kos yang efektif. Menggabungkan gaya dan kefungsian lancar menerusi reka bentuk bersepadu, ia mewujudkan gaya yang anggun di dapur menerusi reka bentuk moden dan mantap, sambil mengoptimumkan ruang.

Meneruskan lagi perjalanan kepada penyelesaian dapur yang inovatif, ELBA turut membawakan Siri Peti Sejuk Berbilang Pintu dan Bukaan Pintu Bersebelahan. Produk terkini ini hadir bersama dengan pelbagai ciri canggih. Dengan Inverter Dwi Pemampat, peti sejuk ini memberi jaminan prestasi yang cekap dan boleh dipercayai, seterusnya menawarkan kesegaran yang berpanjangan serta penggunaan tenaga yang rendah.

Selain Sistem Penyejukan Empat Zon dapat meningkatkan aspek penyejukan dengan memberikan suhu yang tepat dalam empat zon berbeza yang disesuaikan untuk tempat simpanan sejuk dan beku. Ia dapat memastikan kesegaran berpanjangan untuk barangan runcit anda dengan mengekalkan tahap suhu serta kelembapan yang tepat bagi memenuhi keperluan untuk pelbagai jenis makanan.

Antara fungsi utama lain termasuk ciri Penyejukan Logam, ciri yang dapat memastikan suhu yang lebih konsisten dan cekap di dalam peti sejuk, yang mana dapat mengurangkan risiko rosak dan mengekalkan makanan pada suhu yang diingini.

Kemasan Matte Grey, selain anti cap jarinya, menawarkan pembersihan yang mudah sekali gus memperkemaskan lagi tawaran produk itu. Komitmen ELBA terhadap kualiti diperkemaskan dengan waranti 12 tahun untuk Peti Sejuk Berbilang Pintu dan Bukaan Pintu Bersebelahan yang menyediakan ketenangan fikiran yang berterusan kepada pengguna.

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.