Jangan Tipu Gaji Semata Nak Anak Masuk MRSM, Kesian Belajar Tak Berkat – Pengerusi MARA
Pengerusi Majlis Amanah Raya (MARA), Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menegur segelintir ibu bapa yang menipu jumlah pendapatan ketika membuat permohonan kemasukan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Tindakan itu dipercayai bertujuan untuk memastikan permohonan anak mereka dikategorikan sebagai golongan berpendapatan rendah dan diterima masuk.
“Usahlah menipu pendapatan hanya untuk dikategorikan B40 supaya anak diterima MRSM,” tegur beliau.
Katanya lagi, ibu bapa seharusnya menitikberatkan soal keberkatan ilmu yang dituntut oleh anak-anak.
“Kasihan kepada anak-anak yang belajar dalam keadaan tiada keberkatan akibat mengambil hak orang miskin yang lain,” tambahnya.
https://www.facebook.com/drasyrafwajdidusuki/posts/pfbid033USsNqR1oY9vCTavZgdhWn3ayj4e3hq561HcFhWNhgNQ8Ry65vFiqNxDC9cQJtMFl
Perkongsian beliau telah meraih perhatian warga maya, yang rata-rata bersetuju dengan kenyataan tersebut.
Setakat ini, teguran berkenaan telah mendapat kira-kira 7.6k tanda likes dan 1.7k komen serta dikongsi sebanyak 537 kali.
“Betul tu. Ramai yang menipu. Terutamanya yang bekerja sendiri. Tak perlu slip gaji,” dakwa seorang warga maya.
“Itulah hakikatnya. Bila hantar anak ke MRSM, tengok kebanyakan ibu bapa berkereta besar berjalan dengan segak bergaya. Tak rasa langsung mereka ni B40,” dakwa yang lain pula.
“Ramai je yang macam tu. Kasihan anak-anak. Mak ayah yang menipu anak yang terima akibatnya. Tanggunglah dosa akibat menipu itu,” ujar seorang lagi warga maya.
Ramai pengguna meminta agar jumlah tanggungan turut diambil kira dalam permohonan MRSM
Dalam pada itu, ramai warga maya turut meminta agar MARA memperhalusi semula kriteria pemohonan untuk ke MRSM.
Antara beberapa perkara yang perlu diambil kira selain jumlah pendapatan isi rumah adalah jumlah tanggungan dalam satu rumah.
“Minta hapuskan dan hentikan penggunaan borang pengesahan pendapatan yang disahkan oleh pegawai Gred A dalam permohonan MRSM. Di situ penipuan mula berlaku.
“Cuba fikirkan guna kaedah lain seperti wajibkan hantar salinan pengisytiharan kepada LHDN seperti Borang B atau BE atau sekurangnya isytihar pendapatan dalam bentuk akuan berkanun SD.
“Yang tipu, sila ambil tindakan undan-undang agar jadi peringatan kepada yang lain,” cadang seorang warga maya.
MRSM merupakan sebuah institusi pendidikan ulung tanah air dan sering melahirkan pelajar-pelajar berkualiti tinggi.
BACA: Kenali Daisugi, Kaedah Perhutanan Yang Mapan Di Jepun
Sumber: Dr Asyraf Wajdi Dusuki via Facebook