Siakap Keli
polis individu kedai vape port dickson
Kredit: Bernama

Polis Buru Individu Bakar Kedai Vape Di Port Dickson

Polis Buru Individu Bakar Kedai Vape Di Port Dickson

SEREMBAN, 20 Dis (Bernama) — Polis sedang mengesan sekumpulan individu disyaki membakar sebuah kedai vape di Taman Ria di Port Dickson seperti video tular di X.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata pihaknya mengesan dua video berdurasi satu minit 18 saat dan 15 saat dimuat naik oleh pemilik akaun @anthraxxx781, pada 6.30 petang semalam.

“Kebakaran itu berlaku pada Isnin, lebih kurang 9.50 malam melibatkan sebuah kedai vape. Api telah dipadamkan oleh bomba.

“Anggaran jumlah kerugian adalah RM50,000. Polis sedang giat menjalankan risikan dalam usaha mengesan suspek terlibat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan.

Aidi Sham berkata orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes Insp Mohamad Danial Abd Rohim di talian 013-2226085.

BACA: Kenali Daisugi, Kaedah Perhutanan Yang Mapan Di Jepun

Sumber: Bernama

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.