Siakap Keli
badak air buaya kuat
Kredit: Bernama

Jika Buaya Dengan Badak Air Bertanding, Mana Yang Lebih Kuat?

Jika Buaya Dengan Badak Air Bertanding, Mana Yang Lebih Kuat?

Baru-baru ini, kita dikejut dengan tragedi serangan badak air terhadap seorang pekerja zoo di India sehingga menyebabkan kematian.

Dalam laporan terdahulu, pekerja tersebut diserang oleh badak air yang lolos dari sangkar ketika mangsa sedang membersihkan kandangnya.

Pekerja Zoo Maut Diserang Badak Air Ketika Cuba Bersihkan Kandang

Bukan itu sahaja, banyak lagi kes yang melibatkan badak air yang bersifat agresif terhadap manusia yang pernah dilaporkan sebelum ini.

Kanak-Kanak Dua Tahun Cedera, Kena Telan Dengan Badak Air Sebelum Dimuntahkan Semula

Perkara ini jelas membuktikan bahawa badak air walaupun kelihatan comel, sebenarnya adalah haiwan yang sangat berbahaya kepada manusia.

Bila sebut haiwan berbahaya dan air, ada satu lagi haiwan yang selalu bermain di minda kita. Haiwan itu tidak lain tidak bukan adalah buaya.

Haiwan reptilia ini memiliki gigi yang tajam untuk mengoyakkan daging mangsanya serta bergerak dengan sangat lagu apabila berada di dalam air.

Dengan membayangkan perkara tersebut sudah cukup memberikan perasaan gerun seandainya bertembung dengan haiwan-haiwan ini.

Namun, wujud pula satu persoalan yang baharu melibatkan kedua-dua jaguh sungai ini iaitu antara badak air dan buaya, yang manakah lebih kuat?

Lagi-lagi, jika kedua-duanya bersaing antara satu sama lain, yang manakah bakal bergelar juara?

Perbezaan saiz antara badak air dan buaya

Buaya merupakan reptilia yang bersaiz besar. Haiwan ini boleh membesar sehingga mencecah berat berat kira-kira 907 kilogram dengan panjang kira-kira 20 kaki (6 meter).

Sungguhpun panjang buaya secara purata lebih panjang berbanding badak air, saiz haiwan reptilia ini masih dianggap lebih kecil berbanding badak air.

Badak air boleh mencapai berat sehingga 1814 kilogram dan membesar sehingga sepanjang 16 kaki (5 meter) dengan ketinggian 5 kaki (2 meter).

Dengan perimeter ini, sudah jelas bahawa badak air memiliki saiz fizikal yang jauh lebih besar berbanding buaya.

Kelajuan dan pergerakan

Buaya bergerak dengan kelajuan 35 kilometer per jam ketika berada di atas daratan dan 24 kilometer per jam ketika di dalam air.

Secara umumnya, buaya bergerak dengan kelajuan yang pantas namun tidak dapat mengekalkan kelajuan tersebut untuk jangka masa lama.

Bagi badak air pula, haiwan ini dapat bergerak sehingga 48.28 kilometer per jam di daratan. Namun, jika di dalam air, badak air hanya mampu bergerak pada kelajuan kira-kira 8 kilometer per jam.

Jika diadakan pertandingan antara kedua-duanya, badak air akan mendominasi kawasan daratan. Manakala buaya lebih pantas di air.

Gigi dan kekuatan gigitan

Kedua-dua badak air dan buaya menggunakan gigitan untuk mematikan lawannya. Badak air memiliki kekuatan gigitan iaitu kira-kira 1,800 PSI.  Giginya pula panjang dan tajam, berukuran kira-kira 1.5 kaki (0.4 meter).

Manakala, buaya pula adalah haiwan dengan gigitan paling kuat di dunia. Kekuatan gigitan buaya iaitu kira-kira 3,700 PSI mampu menghancurkan lawan.

Dari segi kekuatan gigi, tanpa mengambil kira saiz gigi, buaya unggul di dalam kategori ini.

Deria antara kedua-dua haiwan pemangsa ini

Buaya memiliki penglihatan yang baik ketika berada di dalam air. Kekuatan deria ini mampu membantu buaya memburu di dalam perairan yang keruh.

Selain itu, haiwan akuatik ini juga mampu mengesan perubahan tekanan dan dapat mengenalpasti pergerakan di sekelilingnya.

Badak air pula memiliki deria bau dan penglihatan yang baik ketika berada di daratan. Ketika berada di dalam air, deria pendengarannya tetap mampu berfungsi dengan baik.

Dalam kategori ini, badak air memiliki deria yang lebih baik secara keseluruhan dan kuasa otak untuk memproses deria-deria yang dimilikinya.

badak air buaya
Kredit: Bernama

Pertahanan fizikal

Buaya memiliki banyak pertahanan dari sudut fizikal yang membantu haiwan ini untuk terus hidup dalam persekitaran yang ekstrem.

Kulitnya yang keras dapat membantunya masuk dan keluar daripada air tanpa sebarang masalah. Malah, keadaan fizikal buaya sudah cukup untuk mendatangkan rasa gerun.

Badak air juga memiliki rupa paras yang menakutkan, khususnya pada bahagian gigi. Haiwan ini juga memiliki kulit yang tebal dan kuat serta badan yang besar.

Menerusi poin-poin ini, badak air memiliki set pertahanan fizikal yang lebih lengkap berbanding buaya secara keseluruhan.

Kemahiran pertarungan

Buaya biasa bertarung dengan menerjah dan menewaskan mangsanya dengan gigitan yang kuat hingga mengoyakkan daging.

Selain itu, buaya juga berupaya mengheret mangsanya ke dalam air dan membunuh haiwan-haiwan dengan cara melemaskan haiwan tersebut.

Manakala, badak air pula dalam kebanyakan masa adalah haiwan herbivor. Namun haiwan ini akan menjamah daging sekali sekala untuk memenuhi dietnya.

Sifat haiwan mamalia ini pula sangat agresif dan sangat menitikberatkan hal ehwal kawasan. Maka haiwan ini akan keluar dari permukaan air dengan pantas sama seperti buaya jika terdapat ancaman.

Sungguhpun begitu, haiwan mamalia agresif  ini tidak memiliki naluri pemangsa untuk memburu haiwan lain.

buaya badak air
Sumber: Bernama

Antara buaya dan badak air, yang mana akan menang?

Skil pertarungan bagi kedua-dua haiwan ini sangat ganas, seperti memijak, menggigit dan memberikan serangan kritikal terhadap mangsa sehingga maut.

Bagi jawapan di atas, badak air akan menang dalam pertarungan menentang buaya. Tidak dinafikan bahawa buaya bersaiz besar dan ganas, tetapi haiwan ini masih tidak mampu mengatasi badak air bersaiz dewasa.

Secara umumnya, badak air lebih besar dan lebih tinggi berbanding buaya. Salah satu tempat yang menjadi kekuatan badak air adalah kakinya.

Sudah semestinya buaya boleh mengigit kaki badak air tetapi berat haiwan tersebut terlalu berat dan besar untuk terkesan dengan serangan itu.

Badak air pula cukup kuat untuk menggigit dan mengangkat buaya. Seekor badak air boleh menggigit, mengangkat, menggigit lagi, melepaskan dan memijak buaya. Manakala serangan ini dilakukan secara berulang-ulang kali sehingga lawannya mati.

BACA: Pelik, Kenapa Corak Kerusi Dalam Bas Aneh-aneh? Ini Jawapannya

Sumber: A-Z Animals

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.