Siakap Keli
kucing paling mematikan
Kredit: BBC, Alexander Sliwa

Kecil & Comel, Kenali Kucing Paling ‘Mematikan’ Di Dunia

Kecil & Comel, Kenali Kucing Paling ‘Mematikan’ Di Dunia

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang menjadi pilihan nombor satu rakyat Malaysia.

Sifatnya yang comel dan manja mampu menawan hati siapa sahaja yang melihat telatahnya.

Namun begitu, tiada yang menyangka bahawa ada satu spesis kucing menyimpan rekod yang mengerikan disebalik saiz dan wajahnya yang comel.

Kucing kecil ini biasa ditemui di kawasan padang pasir di Afrika Selatan. Selain memiliki wajah dan bulu yang comel, kucing ini juga antara kucing terkecil di dunia.

Hanya berukuran 14 hingga 20 inci dan tinggi kira-kira lapan inci, fizikal kucing ini sedikit berbeza dengan kucing-kucing domestik.

Begitupun, kucing berkaki hitam atau black-footed cat (Felis nigripes) ini sebenarnya diiktiraf sebagai kucing yang paling membawa maut atau mematikan.

Menurut siri PBS Nature “Super Cats”, kucing berkaki hitam mempunyai rekod membaham mangsa lebih banyak berbanding harimau bintang dalam satu malam.

Si bulus yang comel ini melakukan percubaan memburu kira-kira sekali setiap 30 minit. Secara keseluruhan, haiwan tersebut mampu menangkap antara 10 hingga 14 mangsa dalam satu malam.

Antara haiwan kesukaan kucing ini adalah tikus dan burung kecil serta serangga. Pun begitu, kucing ini juga dipercayai pernah memburu mangsa seperti arnab Cape yang bersaiz lebih besar daripada saiz badannya.

Memetik IFLScience pula, kucing ini dikatakan akan mengembara sehingga lapan kilometer setiap malam untuk mencari mangsanya.

Maka tak hairanlah, kucing ini mempunyai rekod kejayaan memburu sehingga 60 peratus. Rekod ini jauh lebih tinggi berbanding rekod yang dicatatkan oleh kucing-kucing lain.

Hidup bersendirian dan bersembunyi di dalam lubang bawah tanah

Kucing ini lebih cenderung untuk tinggal atau bersembunyi di dalam lubang bawah tanah yang terbiar berbanding berkeliaran di kawasan padang pasir yang terdedah.

Selain itu, kucing kaki hitam juga memiliki sifat suka menyendiri dan tidak hidup bersosial seperti keluarga kucing yang lain.

Kucing paling terancam di dunia

Dalam pada itu, menurut Persatuan Antarabangsa bagi Kucing Terancam, kucing tersebut telah disenaraikan sebagai haiwan terancam.

Penyenaraian berkenaan dibuat  oleh Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam Semula Jadi.

Sehingga kini, populasi kucing kaki hitam dianggarkan sekitar tidak lebih daripada 10,000 ekor dan jumlah itu semakin berkurangan setiap tahun.

Oleh itu, spesis kucing tersebut kini dilindungi oleh undang-undang negara dan pemburuan kucing itu juga telah diharamkan di Botswana dan Afrika Selatan.

Langkah pemuliharaaan untuk melindungi populasi haiwan itu pernah dilakukan, namun sifatnya yang bebas di alam liar telah menyukarkan proses tersebut.

Kucing berkaki hitam mencatatkan kadar kematian yang tinggi ketika berada dalam kurungan berbanding ketika hidup di alam liar.

https://www.facebook.com/bbcearth/videos/929565002113181/

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: LiveScience, IFLScience

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.