Tak Perlu Berebut, Ini Resepi Buat Sendiri Kek Tapak Kuda Viral
Sejak kebelakangan ini, ramai warga maya bercakap-cakap berkenaan ‘kek tapak kuda’ viral yang ada dijual secara dalam talian.
Menurut perbualan dalam alam maya, orang ramai juga terpaksa berebut-rebut untuk membeli kek berkenaan sehingga berlaku kekecohan.
Kek yang berbentuk seperti ladam kuda itu katanya menjadi rebutan ramai kerana ia berbeza dengan kebanyakan kek yang dijual di pasaran.
Sebelum ini, kek itu biasanya dijual dengan inti atau filling Nuttella sahaja. Namun pada hari ini, sudah muncul pelbagai variasi dan inti yang boleh dibeli oleh orang ramai.
Antaranya adalah inti perisa ‘matcha crunchy‘, ‘Biscoff crunchy‘ dan macam-macam lagi.
Namun begitu, dalam banyak-banyak perisa inti yang dijual, jenis ‘matcha crunchy‘ adalah antara yang mendapat permintaan tertinggi.
Disebabkan ramai yang masih tidak berpeluang untuk mendapatkan kek inti perisa ini, maka SK hari ini ingin berkongsi resipi mudah nak buat kek tapak kuda.
Perkongsian mudah resipi kek tapak kuda itu dibuat oleh pengguna TikTok bernama @chesayang_kitchen.
Menurut perkongsian itu, bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Lima biji telur gred A
- Setengah cawan gula aising
- 1/3 cawan tepung naik sendiri
- Satu penutup Esen vanilla
- Setengah sudu besar Ovalette
- Butter yang dicairkan
Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan mencampurkan tiga biji telur gred A dengan dua biji kuning telur.

Kemudian tambah semua bahan tadi dalam satu bekas besar dan pukul bahan-bahan itu sehingga kembang.
Apabila sudah kembang, tambah bahan terakhir iaitu butter yang terlebih dahulu dicairkan. Kacau sekali lagi bahan tadi dan asingkan bancuhan kepada dua bahagian.
Bahan bancuhan yang diasingkan tadi seterusnya perlu ditambah dengan perasa coklat bagi memberikan tekstur dan warna kepada kek yang mahu dihasilkan.
Bakar bancuhan kek guna loyan saiz 9×9
Bagi proses membakar kek ini pula, apa yang anda perlu lakukan adalah dengan meletakkan bancuhan perasa coklat terlebih dahulu dalam loyang bersaiz 9×9. Kemudian masukkan satu lagi bancuhan tadi ke dalam loyang yang sama.
Bakar kek dalam oven 160 darjah celsius selama 30 minit. Resipi bancuhan kek yang dikongsikan ini adalah untuk dua buku kek.
Sementara menunggu kek siap dibakar, anda boleh siapkan pula inti kek tapak kuda tadi.
Bahan-bahan untuk inti kek tadi adalah satu cawan coklat putih, setengah cawan minyak masak, dua sudu serbuk matcha dan nestum.
Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan mencairkan coklat putih menggunakan kaedah double boiling. Selepas coklat tadi mencair, masukkan pula serbuk matcha dan gaul bahan-bahan tadi sehingga sebati.
Tunggu bahan tersebut sejuk lalu boleh masukkan nestum ke dalamnya. Kacau sebati lagi sekali bahan tadi sehingga kesemua nestum terkena dengan campuran tersebut.
Kek yang sudah dibakar tadi kemudiannya perlu dipotong kepada dua bahagian. Lakukan proses ini semasa kek dan campuran inti sudah mula sejuk.

Langkah terakhir ini adalah yang paling penting untuk memastikan kek yang dihasilkan berbentuk tapak kuda.
Letak sebahagian kek di atas plastik pembalut dan letak inti matcha crunchy tersebut. Untuk menambahkan kesedapan kek, anda juga boleh tambah inti Nuttela pada kek tapak kuda tersebut.

Balut kek tadi menggunakan plastik pembalut dan rehatkan kek untuk seketika. Selepas beberapa minit kek pun siap dan boleh dihidang serta dimakan.
Semoga perkongsian resipi kek tapak kuda pada hari ini dapat memberikan manfaat kepada anda.
@chesayang_kitchen Episod 267 | Resepi Kek Tapak Kuda Matcha Crunchy | 2 Minit 1 Resepi by Che Sayang Kitchen Resepi matcha crunchy – 1 cawan coklat putih – 1/2 cawan minyak masak – 2 sudu besar serbuk matcha – 2 cawan nestum Nota: Masukkan nestum waktu coklat sejuk Resepi kek (dapat 2 adunan) – Loyang 9 x 9 – 3 biji telur gred A – 2 kuning telur – 1/2 sudu besar ovelette – 1/2 cawan gula icing – 1/3 cawan tepung naik sendiri – 1 penutup esen vanila – 1/2 cawan salted butter – coklat emulco Nota: Pukul adunan dengan mixer sampai kembang, tekstur macam whipping cream. Preheat oven sebelum bakar 160 celcius selama 30 minit #resepichesayang #chesayangkitchen #susahkenakbuat #kektapakkudamatchacrunchy
BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu
Sumber: TikTok/@chesayang_kitchen