Siakap Keli
Ladang buah naga
Kredit TikTok/@ceoofunclebear, @what.s.up

Terang-benderang Ingat Bandar Besar, Rupanya Ladang Buah Naga

Terang-benderang Ingat Bandar Besar, Rupanya Ladang Buah Naga

Sebuah video yang memperlihatkan suasana sebuah ladang buah naga yang terang benderang tular di media sosial.

Video berkenaan menjadi tular dan menarik perhatian warga maya selepas dimuat naik di laman TikTok.

Perkongsian yang turut menimbulkan tanda tanya itu dimuat naik oleh seorang juruterbang menerusi akaun bernama @ceoofunclebear.

Menurut kapsyen yang dimuat naik bersama video tersebut, rakaman berkenaan dikatakan diambil pada ketinggian 35,000 kaki.

Katanya lagi, rakaman dibuat ketika pesawat tersebut terbang melintasi satu kawasan di Vietnam.

“Orang kata kalau lalu atas Vietnam waktu malam akan nampak cahaya terang. Ini dari 35,000 kaki dari atas laut ni.

“Biar betul lagi terang dari bandar dorang,” tulis kapsyen pada video tersebut.

Orang ramai yang menonton video perkongsian tersebut turut meninggalkan komen mereka yang menjelaskan bahawa kawasan terang tersebut ialah ladang buah naga.

“Ladang buah naga. Kalau nak balik dari China mesti lalu sini” jelas seorang pengguna media sosial.

“Buah naga memerlukan cahaya untuk cepat masak. Lagi terang cahaya atau matahari, lagi manis buah dia,” tulis seorang pengguna lagi.

@ceoofunclebear

Clue dia adalah ladang “______” #unclebear #fly #travel #vietnam #stranglights #night #nightflying

♬ original sound – Sabah Info – Sabah Info

Sebab tumbuhan itu perlukan cahaya yang terang pada waktu malam

Dalam pada itu, menerusi perkongsian akaun TikTok @what.s.up, pemilik akaun menjelaskan mengapa tumbuhan itu memerlukan cahaya yang terang.

Menurut Whats Up, buah naga adalah sejenis buah tropika yang memerlukan keadaan panas dan kawasan yang terang.

Semakin lama pokok buah naga tersebut terdedah dengan cahaya, maka semakin tinggilah potensi pokok tersebut mengeluarkan hasil yang baik.

Kredit TikTok

“Lampu LED menerangi pada pokok buah naga bertujuan untuk membuatkan bunganya mengembang.

“Ia juga sebagai sumber pencahayaan tambahan untuk fotosintesis. Ia juga akan meningkatkan lagi hasil buah naga tersebut,” tulis video perkongsian tersebut.

Tambah video itu lagi, teknik berkenaan sudah menjadi amalan kepada kebanyakan pengusaha ladang buah naga, tidak kira pada skala kecil atau besar.

Bagaimanapun, video perkongsian daripada What’s Up tersebut adalah merujuk kepada keadaan ladang yang terletak di Long’ an County, Gauangxi, China.

Pun begitu, kaedah yang digunakan masih sama iaitu untuk mendapatkan hasil yang berkualiti dan terbaik.

@what.s.up

Dragon fruit planting base turns into a stunning sea of lights at night#fyp #foryou #fypシ #fypシ゚viral

♬ original sound – WHAT’S UP!

BACA: Lelaki Maut Kepala Tersepit Di Pintu Lif

Sumber: TikTok/@ceoofunclebear, TikTok/@what.s.up

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.