Siakap Keli
xiaomi ev su7 pertama
Kredit: Xiaomi/X

0-100kmj Dalam 2.78 Saat & “Top Speed” 265kmh, Ini Rupa & Spec EV Xiaomi

0-100kmj Dalam 2.78 Saat & “Top Speed” 265kmh, Ini Rupa & Spec EV Xiaomi

Selepas mencipta nama menerusi penghasilan peranti dan perkakas rumah pintar, Xiaomi kini mengorak langkah dalam dunia pembuatan kereta elektrik (EV) pula.

Ia selepas Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Xiaomi, Lei Jun melancarkan EV pertama syarikat itu, Speed Ultra 7 (SU7) dalam satu acara hari ini.

Majlis pelancaran yang berjalan selama kira-kira tiga jam itu turut disiarkan secara langsung menerusi pelbagai platform media sosial Xiaomi.

Dalam majlis pelancaran tersebut, Xiaomi antara lain menfokuskan pengenalan terhadap teknologi yang bakal dimuatkan pada jentera tersebut.

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan mata para penonton lebih terarah kepada butiran spesifikasi yang ada pada SU7.

Dalam acara berkenaan, Xiaomi mendedahkan dua varian SU7 iaitu Xiaomi SU7 dan Xiaomi SU7 Max.

Menurut Xiaomi, kedua-kedua varian berkenaan akan dipasang dengan Xiaomi HyperEngine iaitu motor yang menjadi nadi SU7 dan dibangunkan syarikat itu sendiri.

Bagaimanapun, motor berkenaan akan memberikan output yang berbeza-beza mengikut varian.

Dua varian dengan spesifikasi berbeza

Bagi varian Xiaomi SU7, jentera berkenaan mampu mencapai kelajuan daripada 0-100 kilometer per jam (kmj) dalam tempoh 5.28 saat sahaja.

Varian ini mempunyai kuasa kuda sebanyak 299ps dan torque 400Nm. Jentera itu juga mampu mencapai kelajuan maksimum 210 kmj dan satu pengecasan penuh bateri mempunyai jarak perjalanan sejauh 668 km.

Manakala bagi varian Xiaomi SU7 Max pula, ia dijangka dapat mencapai kelajuan 0-100kmj dalam masa 2.78 saat.

Varian itu juga mempunyai kelajuan maksimum 265 kmj dengan satu pengecasan penuh bateri mempunyai jarak perjalanan sejauh 800km.

Nadi yang dipasang pula mampu membekalkan kuasa kuda sebanyak 673ps dan torque sebanyak 838Nm.

Selain itu, sistem pengendalian operasi pada SU7 juga disahkan akan menggunakan sistem yang dibangunkan Xiaomi sendiri iaitu HyperOS.

Kedua-dua varian ini juga akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Aqua Blue, Mineral Gray dan Verdant Green.

“EV Xiaomi akan menawarkan pengalaman yang interaktif kepada pengguna, sama seperti ketika anda menggunakan telefon pintar kami.

“Dengan pelancaran jentera ini, maka lengkaplah ekosistem pintar Manusia x Kereta x Rumah,” kata Lei Jun.

Beliau dalam pada itu turut mendedahkan sasaran Xiaomi untuk menjadi pembuat kereta EV terkemuka dalam tempoh 15 sehingga 20 tahun akan datang.

Mereka juga meletakkan sasaran untuk melihat EV Xiaomi mampu bersaing dengan EV lain seperti model-model Tesla dan Porsche.

Untuk makluman, Xiaomi SU7 merupakan sebuah model jenis sedan dan dikuasakan oleh bateri sepenuhnya.

Xiaomi SU7 difahamkan masih berada dalam fasa pengujian dan dijangka memasuki pasaran domestik terlebih dahulu dalam masa lagi beberapa bulan.

BACA: Xiaomi Bakal Dedah Jentera EV Pertama, SU7 Pada 28 Disember

Sumber: Xiaomi via X, Gadgets 360

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.