Akhyar Rashid & Safawi Rasid Sah Akan Dipinjamkan
Pemain bola sepak sensasi negara, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid sah akan dipinjamkan ke kelab lain untuk saingan Liga Malaysia musim depan.
Perkara itu diumumkan oleh JDT menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman X sebentar tadi.
Antara beberapa nama lain yang turut akan dipinjamkan adalah Oscar Arribas, Syafiq Ahmad dan Haziq Nadzli.
Official and comfirmed, Akhyar Rashid 'loan out'. Difahamkan ke Terengganu bersama Safawi Rasid. @ASTROARENA pic.twitter.com/XJ8v7jEu1H
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) December 28, 2023
Akhyar Rashid dan Safawi Rasid sah keluar sebagai pemain pinjaman
Selain itu, JDT juga mengumumkan beberapa nama yang dilepaskan dari kelab tersebut.
Antara nama-nama besar yang dilepaskan adalah Aidil Zafuan Abd Radzak, S. Kunanlan, Ahmad Hazwan Bakri, Adam Nor Azlin, Leandro Velazquez dan Diogo Luis Santo.
Selain pemain, beberapa kakitangan kejurulatihan juga turut tidak lagi bersama dengan juara Liga Super 10 musim berturut-turut itu.
Senarai itu dimulai dengan Ketua Jurulatih iaitu Esteban Solari dan diikuti pembantunya Rodrigo Barrios, Antonio Mateos, Antonio Gavilan dan Dr. Leandro Pinero.
Difahamkan langkah itu diambil sebagai salah satu transformasi pasukan Harimau Selatan itu pada musim depan.
Berdasarkan perkongsian tersebut, transformasi yang dibawa itu akan menyaksikan pengurangan perbelanjaan kelab antara 30 hingga 40 peratus pada musim depan.
“Harimau Selatan sedang menjalani transformasi yang akan menyaksikan pengurangan 30-40% dalam perbelanjaan kerana keperluan untuk menstruktur semula kewangan kita untuk memastikan kemampanan.
“Kelab ini telah membelanjakan sejumlah besar wang untuk projek bola sepak kami sejak enam hingga tujuh tahun yang lalu,” tulis perkongsian tersebut.
THANK YOU AND ALL THE BEST!
Johor Darul Ta'zim FC (JDT) would like to thank and wish outgoing coaches, players and staff all the best in their future undertakings.
The Southern Tigers are undergoing a transformation that will see a 30-40% reduction in spending due to a need to… pic.twitter.com/FNqOJjDUA8
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) December 28, 2023
Dalam pada itu, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan bahawa Akhyar dan Safawi difahamkan akan dipinjamkan ke Terengganu FC.
Bagaimanapun setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh mana-mana pihak berhubung perkara tersebut.
Manakala destinasi nama-nama lain yang keluar sebagai pemain pinjaman juga masih menjadi misteri.
Kelab-kelab yang mendapatkan pemain-pemain ini mungkin akan meraih manfaat berganda kerana rata-rata pemain tersebut adalah pemain yang berkualiti tinggi.
BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu
Sumber: X/@OfficialJohor