Persatuan Kartografi Melaka Jejaki Sejarah Jambatan Kereta Api Salak Selatan
Sebelum wujudnya landasan dan jambatan yang dibangunkan untuk kegunaan Electric Train Service (ETS), Light Rapid Transit, Mass Rapid Transit (MRT) serta Monorel dalam negara ketika ini. Malaysia juga dipenuhi dengan struktur binaan dan landasan kereta api lama yang masih megah berdiri hingga ke hari ini.
Sebahagian laluan tidak lagi beroperasi seperti dahulu-kala, namun masih terdapat laluan dan jambatannya yang digunakan hingga ke hari ini.
Antaranya termasuklah sebuah jambatan kereta api lama (double track atau landasan berkembar) yang terletak di Salak Selatan, Kuala Lumpur.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Persatuan Kartografi Melaka di bawah.
Dibina Sekitar Awal Tahun 1900-an, Iron Bridge Salak Selatan

Team penyelidik melalui Railway Cartographic Research Project (RailCREP), salah sebuah projek kajian sejarah kartografi kereta api tanah air di bawah Persatuan Kartografi Melaka berpeluang menjejaki sebuah lagi struktur bersejarah sistem keretapi di Malaysia.
Struktur bersejarah tersebut yang dimaksudkan ialah sebuah jambatan kereta api lama (Double track atau landasan berkembar) yang masih digunakan sehingga kini yang terletak di Salak Selatan, Kuala Lumpur.
BACA: Kenali Sadd El-Kafara, Empangan Tertua Di Dunia

Ada kemungkinan jambatan besi tersebut yang merentangi Sungai Kerayong mungkin dibina sekitar awal tahun 1900an dengan melihat ciri rekaan struktur dan tembok jambatan dan yang dibina hampir menyamai dengan jambatan kereta api lama lain yang wujud di Malaysia.

Kumpulan penyelidik yang terdiri daripada Dr. Mohd Rohaizat Abdul Wahab dan Shahrul Azzim Abd Aziz menganalisis beberapa naskah kartografi lama Kuala Lumpur dalam usaha mengenalpasti kewujudan jambatan besi tersebut seperti mana yang terdapat di dalam peta lama.
Salah satu naskah kartografi yang dapat dikesan kewujudan jambatan lama tersebut adalah di dalam peta yang dicetak pada tahun 1943 iaitu kira-kira 80 tahun yang lalu. Di dalam peta lama tersebut, jambatan yang dijejaki ini dilabel sebagai I.B. ataupun Iron Bridge (Jambatan Besi).

Jambatan kereta api ini mempunyai nilai sejarah yang sangat penting di Malaysia kerana merupakan salah sebuah struktur warisan lama sistem pengangkutan awam negara yang masih wujud dan digunakan sehingga hari ini.

Sumber: Persatuan Kartografi Melaka