Siakap Keli
Resipi cromboloni
Kredit YouTube/Merveille

Teringin Tapi Mahal, Ini Resipi ‘Cromboloni’ Buat Sendiri Di Rumah

Teringin Tapi Mahal, Ini Resipi ‘Cromboloni’ Buat Sendiri Di Rumah

Sekarang tengah hangat diperkatakan tentang sejenis menu pastri yang dikenali sebagai cromboloni.

Pastri itu dipercayai gabungan dua jenis menu iaitu croisant dan bomboloni, yang diketahui cukup terkenal di seluruh dunia.

Namun begitu, disebabkan cromboloni menjadi trending pada hari ini, ramai merasakan pastri berkenaan dijual pada harga yang tidak masuk akal.

Justeru, ramai yang mula mencari-cari resepi bagaimana mahu menghasilkan sendiri combroloni di rumah.

Jangan risau, hari ini kami di SK akan berkongsi satu resipi mudah membuat cromboloni yang anda boleh cuba sendiri.

Resipi ini diambil daripada perkongsian oleh YouTuber bernama Merveille.

Menurut perkongsian tersebut, antara bahan-bahan yang anda perlukan adalah seperti berikut:

  • 160g tepung roti
  • 40g tepung kek
  • 4g garam
  • 20g gula
  • 2g yis
  • 12g kuning telur
  • 90g air
  • unsalted butter

Cara-cara pembuatannya pula adalah dengan menggaulkan semua bahan tadi dan uli sehingga doh menjadi kental. Selepas doh sudah kental, jadikan doh berbentuk bulat dan rehatkan selama 30 minit pada suhu bilik.

Selepas 30 minit, keluarkan doh dan uli sekali lagi doh sehingga menjadi bentuk segi empat tepat. Kemudian, rehatkan doh buat kali kedua selama 30 minit, namun kali ini letak di dalam peti sejuk.

Sementara itu, ambil unsalted butter lalu bentukkan menjadi segi empat tepat yang lebih kecil berbanding saiz doh tadi. Sejukkan mentega dan masukkannya ke dalam peti sejuk.

Keluarkan semula doh lalu ambil sedikit tepung dan taburkan di atas permukaan doh tadi. Uli doh tadi sedikit dan letak mentega yang sudah disejukkan di atas doh tersebut.

Langkah yang seterusnya adalah lipat doh tadi agar membaluti mentega dan uli sehingga menjadi bentuk segi empat tepat.

Ulang langkah ini untuk beberapa kali sehingga anda berpuas hati dengan lipatan yang dimahukan.

Selepas proses lipatan dan uli tadi, rehatkan doh dengan cara menyimpannya di dalam peti sejuk selama satu jam.

Usai sejam berlalu, keluarkan dan uli doh untuk beberapa kali lagi. Proses ini dilakukan bagi mendapatkan hasil cromboloni yang mempunyai lipatan yang cantik.

Selepas itu, gulung doh dan potong gulungan doh tersebut mengikut bentuk saiz cromboloni yang anda mahukan.

Susun doh di dalam acuan bulat yang sesuai dengan saiz cromboloni dan rehatkan doh sekali lagi selama satu jam 30 minit dalam suhu bilik.

Letak baking paper di atas acuan dan alas acuan tadi dengan satu lagi dulang untuk memastikan cromboloni anda mendapat bentuk yang cantik dan rata.

Bakar cromboloni anda dalam oven selama 20 hingga 25 minit dengan suhu 230 darjah celsius.

Kredit YouTube

Sementara menunggu cromboloni anda siap dibakar, anda boleh lanjutkan proses dengan membuat inti krim kastardnya pula.

Antara bahan untuk membuat inti pula adalah:

  • Dua biji kuning telur
  • 40g gula
  • 15g tepung kek
  • Vanila
  • 200g susu

Cara membuat krim kastard ini adalah dengan mencampurkan kuning telur, gula dan tepung kek dalam satu bekas terlebih dahulu. Pastikan campuran ketiga-tiga bahan tadi digaul rata.

Panaskan susu dan masukkan vanila di dalamnya lalu campurkan susu tadi dengan campuran adunan telur tersebut.

Kemudian, masak bahan-bahan tadi di atas dapur dengan api yang perlahan. Rehat dan sejukkan krim tadi sebelum boleh dimasukkan ke dalam cromboloni anda.

Buat lubang pada cromboloni dan masukkan krim kastard tadi di dalamnya sehingga anda berpuas hati.

Hias cromboloni anda dengan cairan coklat dan apa sahaja jenis taburan mengikut selera masing-masing.

Kini cromboloni buatan sendiri telah siap dan sedia untuk dihidangkan.

Kredit YouTube

Anda juga boleh tonton video pembuatan cromboloni yang sama di bawah.

 

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: YouTube/Merveille 

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.