Siakap Keli
Bapa Zahir Rasa Terkilan, Anak Perempuan Alami Kesan Melecur Teruk Akibat Disimbah Asid Bapa menzahirkan rasa terkilan apabila anak perempuan mengalami kesan melecur pada bahagian muka akibat disimbah asid pada awal bulan lepas. 
Kredit: Sinar Harian

Bapa Terkilan, Anak Perempuan Melecur Teruk Disimbah Asid

Bapa Terkilan, Anak Perempuan Melecur Teruk Disimbah Asid

Bapa kepada mangsa simbahan asid meluahkan rasa terkilan dengan insiden yang menimpa anak perempuan, bulan lepas.

“Apa dosa anak saya sehingga sanggup anda merosakkan masa depannya? Saya sangat terkilan dengan apa yang berlaku terhadap Nadia” kata Azman Shah Mohammad, seperti dilaporkan Sinar Harian.

Dalam kejadian yang berlaku pada 8 November itu, Nadia Fasha Qistina mengalami kecederaan parah melecur di seluruh badan.

Ketika kejadian, mangsa yang berusia 19 tahun disimbah asid ketika dalam perjalan pulang dari tempat kerja di Denai Alam, Shah Alam, Selangor.

Akibat kejadian tersebut, Nadia sehingga kini terpaksa berada di Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan penuh.

Menurut Azman, sudah dua bulan anaknya berada di pusat perubatan tersebut.

Malah, Nadia juga terpaksa menjalani pembedahan sebanyak lapan kali bagi memulihkan tisu kulit serta menyelamatkan matanya.

“Selepas menyimbah asid kepada Nadia, lelaki tersebut telah bertindak melarikan diri dan membiarkan anak saya menahan kesakitan.

“Akibat kejadian itu, Nadia mengalami kecederaan teruk di muka dan badan serta kaki, sehingga terpaksa menjalani lapan kali pembedahan,” katanya.

Ahli keluarganya juga terkejut dan tidak menyangka kejadian sedemikian rupa boleh menimpa Nadia.

Ketika kejadian yang menyayat hati tersebut berlaku, Nadia difahamkan baru sahaja mula bekerja di sebuah klinik di Denai Alam selama enam hari.

Ujarnya, anak perempuannya telah disimbah asid oleh seorang lelaki yang didapati menyamar sebagai seorang pekerja e-hailing.

“Bukan saya tidak reda dengan apa yang berlaku, tetapi saya sangat terkilan kenapa ada pihak yang sanggup melakukan perkara seumpama ini kepada anak saya.

“Nadia seorang anak yang baik dan mendengar kata. Namun saya tak pasti kenapa Nadia diperlakukan sebegini rupa,” jelasnya.

Berkenaan dengan rawatan pula, Azman berkata bahawa dia terpaksa menanggung kos perubatan yang agak tinggi.

Katanya, mereka mengeluarkan modal kira-kira RM4,000 bagi sekeping tisu kulit yang diperlukan dalam pembedahan Nadia.

Sebanyak RM32,000 telah dikeluarkan setakat ini bagi menampung kos membeli lapan keping tisu kulit.

Selain daripada itu, mereka juga perlu membayar RM1,600 setiap minggu untuk membeli bactrigas yang berfungsi seperti pembalut.

Kata Azman yang berkerja sebagai peniaga burger, semua kos itu ditampung menggunakan duit sendiri.

“Sehingga kini saya sudah menghabiskan semua wang simpanan.

“Doktor juga memaklumkan anak saya kemungkinan akan tinggal di hospital ini selama setahun dan perlu bergantung kepada ubat-ubatan seumur hidupnya,” jelasnya.

Kejadian ngeri yang menimpa anak perempuannya itu turut memberi kesan terhadap kesihatan ahli keluarganya

Azman menambah bahawa isterinya juga turut jatuh sakit dan mengalami masalah serangan panik selepas kejadian tersebut.

Isteri Azman kini dilaporkan sedang menjalani rawatan di hospital yang sama dimana Nadia dirawat.

“Saya amat berharap polis dapat segera menahan pelakunya yang mana saya difahamkan suspek seperti diupah seseorang.

“Anak saya baru bekerja enam hari jadi belum mencarum dengan Perkeso malah tidak mempunyai insurans perlindungan diri,” jelasnya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mahu membantu keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan wang menerusi akaun Bank CIMB (7026639538 -Azman Shah Mohammad).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim telah mengesahkan kejadian itu dan siasatan masih berlangsung.

BACA: Otai Ajar Cara Tradisional Proses Air Tebu, Elak Cepat Rosak

Sumber: Sinar Harian

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.