Siakap Keli
Johor lancar Program Semarak Subuh
Kredit BERNAMA

Johor Lancar Program Semarak Subuh Bermula Jumaat Ini

Johor Lancar Program Semarak Subuh Bermula Jumaat Ini

JOHOR BAHRU, 3 Jan (Bernama) — Kerajaan Negeri Johor akan melancarkan Program Semarak Subuh di setiap masjid dan surau bermula Jumaat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata inisiatif itu melibatkan 838 masjid dan 1,942 surau di seluruh negeri pada setiap subuh Jumaat sepanjang tahun ini.

“Program itu juga akan diziarahi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Johor (atau wakilnya bagi yang bukan beragama Islam) bersama-sama kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri Johor, mengikut lokaliti dan zon masing-masing.

“Ini termasuklah pentadbiran kerajaan negeri di peringkat daerah dan juga mukim,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, hari ini.

Mohd Fared turut menyeru kepada seluruh Bangsa Johor yang beragama Islam agar hadir beramai-ramai untuk sama-sama mengimarahkan masjid dan surau dengan pelbagai aktiviti kerohanian, selain program berkenaan.

Program Semarak Subuh merupakan inisiatif Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi yang menyasarkan pelaksanaannya di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri Johor dengan peruntukan berjumlah RM560,000.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: BERNAMA 

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.