Siakap Keli
bumbung rumah bocor
Gambar: Lee Wai Wan

Jangan Silap Letak Pelekat, Elak Bumbung Rumah Cepat Bocor

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jangan Silap Letak Pelekat, Elak Bumbung Rumah Cepat Bocor

Sebelum mula membina rumah, terdapat banyak aspek yang perlu dititikberatkan bagi memastikan tiada masalah yang bakal menimpa di kemudian hari.

Aspek pertukangan antara elemen paling penting dalam pembinaan rumah idaman kerana ia memerlukan ilmu yang tepat. Jika tidak, timbul pelbagai masalah seperti kebocoran paip air, dinding merekah dan banyak lagi yang hanya menelan dompet tuan rumah.

Perkara sama dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook, Lee Wai Wan yang berkongsikan kesan penggunaan bahan yang salah sehingga menyebabkan  kebocoran bumbung. Tanpa membuang masa, mari ikuti perkongsiannya di bawah. Semoga bermanfaat.

Bumbung bocor: Penggunaan bahan yang salah

bahan bumbung bocor
Gambar: Lee Wai Wan

Ada sesetengah bahan apabila di salah guna boleh mendatangkan mudarat di masa hadapan. Kes ini sebagai contoh. Flashing tidak cukup lebar menyebabkan masalah bocor di bahagian dinding. Maka cara penyelesaian paling murah dan cepat diambil adalah melebarkan bahagian flashing dengan melekat di bahagian tepi flashing.

BACA: Lelaki Maut, Leher Tersepit Di Pintu “Shutter” ATM

Namun begitu masalah yang bakal dihadapi oleh tuan rumah pasti memeningkan kepala kerana 2 kesilapan telah dibuat;

1. Cara melekat tidak betul

bahan bumbung bocor
Gambar: Lee Wai Wan

Ini adalah kerana cara lekat tindihan di mana bahagian bawah tindih dilekat pada pelekat di atas. Lama-kelamaan, pasti air akan masuk melalui tindihan pelekat. Anda boleh nampak lubang di bahagian tindihan. Tindihan yang betul adalah bahagian atas tindih pada bahagian bawah agar air boleh alir keluar dengan baik.

2. Kesesuaian pelekat

Gambar: Lee Wai Wan

Pelekat jenis ini bukan sahaja nipis, malah ia senang koyak. Pelekat ini direka khas untuk tujuan diletak di bawah perabung. Apabila ia diletak di tempat terdedah pada panas matahari dan hujan, ia mula koyak.

Maka dari lubang koyak itu akan mula mimpi ngeri tuan rumah perlu hadap masalah bocor. Ini adalah kerana penggunaan pelekat ini menyebabkan air yang masuk melalui lubang koyak itu tidak dapat mengalir keluar dengan cepat dan lancar. Maka air yang berkumpul di bawah pelekat akan melimpah masuk ke dalam rumah.

Sebarang pemilihan bahan untuk atap bumbung terutamanya perlu lihat dari sudut menghalang kemasukkan air dan pada waktu yang sama tidak menyekat aliran air. Selain dari itu, ia haruslah tahan lama agar masalah yang sama tidak akan berulang.

Sumber: Lee Wai Wan via Facebook Tukang Apa Hari Ini

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.