Siakap Keli
Habiskan Permainan Tetris
Kredit: Bernama

Budak 13 Tahun Jadi Manusia Pertama Tamatkan “Game” Tetris

Budak 13 Tahun Jadi Manusia Pertama Tamatkan “Game” Tetris

Kebanyakan permainan video dalam pasaran direka untuk memiliki end game content bagi memenuhi kehendak pemain.

Kandungan ini akan meminta pemain untuk melepasi beberapa cabaran sebelum mencapai matlamat tertentu.

Ia sekali gus menjadi motivasi kepada para pemain untuk menghabiskan permainan tersebut untuk mengetahui kesudahannya.

Sungguhpun begitu, konsep tersebut tidak diguna pakai oleh permainan video klasik, Tetris yang dilancarkan pada 1988.

Permainan video legenda yang sinonim dengan ‘kotak-kotak’ itu dipercayai dibina oleh seorang jurutera perisian Soviet Union pada 1984.

Kemudian, permainan tersebut dipopularkan oleh Nintendo Entertainment System pada 1988.

Uniknya, selepas hampir 40 tahun Tetris ada dalam pasaran, sebenarnya tiada seorang pun berjaya melepasi semua stage permainan ini.

Selepas penantian selama berdekad-dekad, akhirnya seorang individu berjaya ‘habiskan’ permainan Tetris

Sehinggalah seorang kanak-kanak dari Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) berjaya mencipta sejarah menjadi manusia pertama menamatkan permainan tersebut.

Kejayaan itu dicipta oleh Willis Gibson, 13, pada bulan lepas ketika melakukan penstriman langsung permainan berkenaan.

Dia ketika itu berjaya meraih gelaran ‘True Killerscreen‘ dalam masa 38 minit sekaligus mencipta sejarah besar dalam peradaban manusia.

Selepas menamatkan permainan tersebut, skrin memaparkan semua blok jatuh pada kelajuan yang tinggi dan menyebabkan permainan tersebut ‘crash’.

Ketika itu, Gibson bermain di Level 157 dengan skor 999999.

Pencapaian Gibson dianggap luar biasa kerana setakat ini, hanya bot yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) sahaja yang pernah melepasi semua stage dalam Tetris.

Untuk sekian lama, pemain Tetris percaya bahawa Level 30 dianggap sebagai screen killer selepas Thor Aackerlund memperkenalkan kaedah hypertapping dalam permainan tersebut.

Namun, Gibson memecahkan rekod tersebut dan mencapai Level 157 serta menyaksikan permainan tersebut crash.

Kanak-kanak ini mula bermain Tetris seawal 11 tahun dan berlatih kira-kira tiga hingga lima jam setiap hari.

Walaupun berjaya menamatkan permainan berkenaan, Gibson tidak merancang untuk berhenti bermain Tetris selepas ini.

Mengenai Tetris

Setakat ini, dianggarkan terdapat lebih 200 versi Tetris yang diterbitkan di lebih 70 buah sistem, iaitu rekod dunia menurut Guinness World Record.

EA Sport kemudian membangunkan Tetris versi telefon bimbit dan dilancarkan pada 2006.

Versi berkenaan terjual lebih 100 juta salinan dan pernah menjadi permainan ketiga paling banyak terjual dalam sejarah.

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma