Isu Zakat Pendapatan Tidak Wajib: Fiqh Zakat Adalah Berkembang – Zakat Selangor
Baru-baru ini, isu berkaitan zakat pendapatan hangat dikatakan di media sosial susulan individu mendakwa ia tidak wajib untuk membayarnya selepas pendakwah terkenal menerangkan tentang perkara tersebut.
Dakwanya, tidak wajib untuk membayar zakat pendapatan kerana dalam mazhab jumhur ulama’ tiada zakat gaji atau pendapatan ekoran gaji yang diterima secara bulanan terus diguna.
“Maka tidak cukup syarat haul (setahun). Kalau nak bagi juga, kira sedekah sahaja bermakna tidak berdosa pun,” dakwanya.
Bagaimanapun, Lembaga Zakat Selangor membalas dengan mengatakan pada ketika ini masih berlegar-legar tentang kefahaman sesetengah pihak yang menafsir dan menoktahkan sesuatu hukum tanpa mengkaji secara luas.
“Fiqh Zakat adalah berkembang, sama seperti hidup kita yang berkembang maju,” katanya dalam satu ciapan di platform X pada Khamis.
Lembaga Zakat Selangor turut mengepilkan ciapan seorang amil zakat, Faisal Rahim (@acaiijawa) yang turut memberi maklum balas berkaitan isu tersebut di laman platform X miliknya.
Jelasnya, perkara yang diterangkan oleh pendakwah terkenal itu adalah betul namun ia menyalahi fatwa di negara ini yang mewajibkan zakat pendapatan.
Baca penulisan beliau di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut.
BACA: Lelaki Ditahan Godam, Jual Data Milik Agensi Kerajaan – Bukit Aman
Zakat pendapatan
Sebenarnya apa yang ustaz cakap ni betul. Tapi ia menyalahi fatwa di negara kita yang wajibkan zakat pendapatan.
Semua negeri di Malaysia wajibkan zakat pendapatan kecuali Perak. Tapi Perak tetap kutip zakat pendapatan setiap tahun.
Fiqh Zakat ni berkembang. Ada banyak pekerjaan yang tidak wujud zaman dahulu tapi ada sekarang. Dinamik masyarat dan bernegara berubah.
Contoh mudah:
Petani sawah padi di Tanjong Karang wajib bayar Zakat Pertanian Padi setiap kali musim tuai. Dalilnya jelas. Mereka kena bayar 5% hasil tuaian. Bila dipuratakan mereka dapat sekitar RM4-5k je sebulan.
Tapi ada orang yang makan gaji bulan-bulan dapat >RM20,000 jadi doktor pakar, engineer, accountant dll di kawasan yang sama, langsung tidak kena zakat.
Mereka ni hidup senang, beli rumah besar, tanah luas, ada beberapa kereta mewah tapi bila akhir Nisab, duit dah habis dibelanjakan. Jadi mereka langsung tak bayar zakat. Ini yang berlaku.
Bila ambil kira situasi begini. Nampak ketidakadilan dalam Islam (kewajipan ibadah zakat) jika follow fiqh asal.
Dalam kawasan sama, orang susah yang bertani wajib keluarkan zakat. Orang kaya raya langsung tak kena zakat sebab duitnya habis walaupun pendapatan mereka berkali ganda dari petani tersebut.
Inilah yang dibincangkan oleh Dr Yusof Qadarawi dalam bukunya Fiqh Zakat.
Ringkasnya, orang awam selamat ikut Fatwa ditempat tinggal mereka. Fatwa ni sifatnya berkembang dan tidak statik. Ia ambil kira maslahat ummah dalam negara tersebut.
Tiada masalah nak berbeza pendapat. Tapi ia hanya untuk amalan sendiri. Atau perbincangan ilmiah dengan orang yang berilmu.
Bukan untuk disebarkan kepada orang awam yang tiada ilmu untuk tafsir hukum sendiri.
Wallahua’lam.
ISU ZAKAT PENDAPATAN TIDAK WAJIB ZAKAT.
Masih berlegar-legar tentang kefahaman sesetengah pihak yang menafsir dan menoktahkan sesuatu hukum tanpa kaji secara luas.
Fiqh Zakat ini berkembang. Sama seperti hidup kita yang berkembang maju.
Boleh baca pencerahan olh @acaiijawa https://t.co/0LyAFTC85y
— Zakat Selangor (@zakatselangor) January 4, 2024
Sumber: @zakatselangor via @acaiijawa/X