Legenda Bola Sepak Brazil, Mario Zagallo Meninggal Dunia
Legenda bola sepak Brazil dan juara dunia empat kali Piala Dunia, Mario Zagallo meninggal dunia pada usia 92 tahun, Jumaat lalu.
Pengumuman berita sedih itu dibuat menerusi laman Instagram rasmi miliknya, lapor AFP.
“Dengan rasa sedih yang teramat sangat, kami ingin memaklumkan berita kematian Juara Dunia empat kali, Mario Jorge Lobo Zagallo.
“Mendiang adalah seorang bapa dan datuk yang penyayang, bapa mertua yang prihatin, kawan dan seorang insan yang hebat.
“Mendiang juga seorang idola dan patriot yang meninggalkan legasi cukup hebat untuk kita semua.
“Syukur kepada Tuhan di atas masa yang ada untuk kami meluangkan masa dengan mendiang. Semoga kenangan terindah dengan mendiang kekal bersama kami,” tulis kenyataan itu.
Menurut The Daily Star, Zagallo merupakan pemain sayap kiri yang berbakat besar pada eranya.
Mendiang tampil dalam lima perlawanan akhir Piala Dunia dan memenangi empat daripadanya sehingga dianggap sebagai antara legenda terulung sukan berkenaan.
Pada tahun 1970, beliau pernah menjadi jurulatih Brazil yang menghimpungkan pelbagai nama besar bola sepak negara itu.
Antaranya pemain seperti Pele, Jairzinho, Rivellino dan Tostao. Generasi berkenaan dianggap sebagai antara pasukan kebangsaan terhebat yang pernah Brazil miliki.
Zagallo juga menjadi individu pertama yang berjaya yang memenangi Piala Dunia sebagai pemain dan pengurus pasukan.
Salah satu sejarah yang paling diingati bersama mendiang adalah ketika Brazil memenangi Copa America di Bolivia pada tahun 1997.
Secara umumnya, mendiang memainkan peranan besar dalam dunia bola sepak Brazil. Sumbangan itu diberikan bermula sejak Piala Dunia pertama dimenangi Brazil pada 1958 sehingga menjadi tuan rumah kejohanan itu pada 2014.
Pelakon Siri “Starsky & Hutch”, David Soul Meninggal Dunia
Terdahulu, pelakon, David Soul, yang terkenal dalam siri televisyen “Starsky & Hutch” turut dilapor telah meninggal dunia pada usia 80 tahun.
Berita kematian pelakon kelahiran Amerika Syarikat itu telah dikongsikan oleh isteri mendiang, Helen Snell.
“David Soul, suami tercinta, ayah dan datuk telah meninggal dunia semalam selepas bertarung nyawa di sisi keluarga tercinta.
BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu
Sumber: AFP, The Daily Star