Kolam tadahan sering kali kita lihat di kawasan pembangunan. Namun adakah kita tahu fungsi kewujudannya? Dan adakah hanya semata-mata untuk mengawal daripada berlaku banjir? Jawapannya taman rekreasi merupakan salah satu solusi kelestarian dalam penyelenggaraan kolam ini.
Malam minggu baru-baru ni, min berkesempatan untuk menikmati keunikan Taman Rekreasi 99 Wonderland Park (Wildlife in The City) berkeluasan 23 ekar yang dimiliki oleh JL99 Group, pemaju hartanah di Malaysia di Batu Caves Selangor. 99 Wonderland Park (Wildlife in The City) ialah taman rekreasi pertama di KL yang menampilkan lampu LED. Min sangat teruja dengan kreativiti landskap yang dipersembahkan. Sangat meriah dan tak rugi bawa keluarga ke sini beriadah dan edutourism.

Pada malam tersebut, min berpeluang bertemu dengan pemilik JL99 Group, Datuk Seri Lee Boon Kiat (Jeff). Menurut beliau, taman rekreasi ini diusahakannya sejak 2018 dengan matlamatnya memberi manfaat kepada masyarakat. Paling mengasyikkan apabila dapat menyaksikan elemen terbaharu yang pertama di Malaysia! iaitu Musical Dancing Fountain dengan Animasi 3D “99 Wildlife Magical Adventure” yang memaparkan kisah 4 ekor haiwan iaitu Beruang Matahari, Burung Macaw, Monyet Capuchin dan Lemur Ekor Gelang yang mana habitat hutan mereka dicerobohi dan diselamatkan oleh seorang tarzan bernama Jeff. Bagi meningkatkan keterujaan pengunjung, jalan penceritaan animasi 3D akan ditukar setiap dua tahun.

Min juga dapat bersiar-siar mengelilingi kolam ditemani oleh haiwan dan burung yang dilepaskan bebas. Korang jangan risau, haiwan dan burung yang dilepaskan bebas ni semuanya jinak. PERHILITAN ada meminjamkan haiwan tempatan seperti Buaya Tembaga, Beruang Matahari dan Tapir. Bukan itu saja, ada juga haiwan yang diimport dari luar negara. Taman ini mengamalkan konsep terbuka, dan membolehkan pengunjung mendekati burung dan haiwan. Bolehlah sambil bawa anak-anak berjalan, dapat tambahkan pengetahuan mereka tentang hidupan yang ada disini.

Di 99 Wildlife, min bertemu dengan penjaga haiwan iaitu Abang Irwan dan Kak Nisa yang banyak berkongsi info menarik tentang haiwan-haiwan di sini. Bergambar dengan Snow, si burung unta yang jinak serta pandai membuat gaya. Pantang nampak kamera tau! Korang nak tau tak, landak Afrika di sana tak tembak pun durinya kalau kita datang dekat, tu semua mitos. Selain itu, rakun kat sini besar-besar tau, ya la sini makan tanpa henti siap beranak pinak lagi, gembira sangat tu duduk di sini. Min pun terkejut melihat si Mara, tikus yang dibawa dari Argentina. Saiznya besar macam kancil. Tikus Mara ni adalah yang keempat terbesar di dunia.
Selain berinteraksi dengan haiwan-haiwan disini, taman rekreasi ini turut menyediakan pelbagai tarikan baharu seperti 99 Kids Games, 99 Dinasour Park, 99 Ferris Wheel, 99 Cruise, 99 Train, 99 Paddle Boat, 99 Madagascar Carousel dan macam-macam lagi. Tak jemu nak luangkan masa seharian disini. Jangan risau, segala kemudahan seperti tandas awam, surau dan restoran turut disediakan untuk keselesaan para pengunjung.
Bercuti dengan Jom Travel Local

Korang boleh dapatkan tiket dengan ejen rasmi Jom Travel Local, anak syarikat Travelvago Sdn Bhd yang mengutamakan pelanggan dengan perkhidmatan layanan 24 jam 7 hari seminggu melalui WhatsApp, panggilan telefon, dan e-mel. Menurut Leyaa, Jom Travel Local aktif di sosial media dengan menawarkan pelbagai pakej pelancongan secara individu mahupun berkumpulan di Malaysia. #MalaysiaTrulyAsia #PusingSelangorDulu #JomTravelLocal