Siakap Keli
jalan mendap kuantan segamat
Gambar: Bernama

Jalan Mendap, Jalan Kuantan – Segamat Ditutup Hingga 28 Januari

Jalan Mendap, Jalan Kuantan – Segamat Ditutup Hingga 28 Januari

Jalan Kuantan – Segamat ( laluan FT012) ditutup mulai 7 Januari hinggai 28 Januari ini susulan kejadian jalan mendap di Seksyen 102 (Berhampiran Kawasan Burung Unta).

Menurut Jabatan Kerja Raya Daerah Pekan dalam satu kenyataan, penutupan jalan itu bertujuan untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan dijalankan oleh pihak Pasukan Projek FF012.

“Laluan alternatif yang dicadangkan jika dari arah Kuantan ke Muadzam Shah, semua pengguna dilencongkan ke Laluan Persekutuan FT03 (Kuantan-Endau melalui Bandar Pekan) dan Laluan FT63 (Leban Condong-Muadzam Shah).

“Laluan alternatif yang dicadangkan jika dari arah Gambang ke Muadzam semua pengguna dilencongkan ke laluan FT82 (Pekan Batu Balek) ke Laluan Persekutuan FT03 (Kuantan-Endau),” katanya.

Manakala, jika dari arah Muadzam ke Kuantan, laluan alternatif yang boleh digunakan adalah FT63 (Leban-Condong Muadzam) ke Laluan Persekutuan FT03 (Kuantan – Endau).

Sementara itu, video yang menyaksikan mendapan di jalan terbabit tular sejak petang tadi.

Malah, dalam satu video yang dimuat naik di laman Facebook malam ini, mendapan tersebut semakin teruk, yang memperlihatkan beberapa kenderaan tidak dapat melaluinya.

https://www.facebook.com/reel/388926076850446

Sumber: JKR Segamat

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.