Siakap Keli
budak 11 tahun maut
Gambar: PDRM

Budak 11 Tahun Maut Dalam Kemalangan, Bapa Saudara Parah

Budak 11 Tahun Maut Dalam Kemalangan, Bapa Saudara Parah

LANGKAWI — Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut manakala bapa saudara parah dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan sebuah lori di Jalan Chandek Kura pada Selasa.

Memetik Astro Awani, difahamkan kejadian itu berlaku pada jam 5.16 petang.

Mangsa yang dikejarkan ke Hospital Sultanah Maliha (HSM) Langkawi bagaimanapun disahkan meninggal dunia sewaktu menerima rawatan.  Manakala bapa saudara mangsa, 25, ditempatkan di zon merah hospital tersebut susulan mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata insiden itu berlaku apabila sebuah lori yang dipandu lelaki, 51, hendak keluar simpang ke Jalan Chandek Kura dari arah Jalan Batu Belah Batu Bertangkup.

“Kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal jenis Yamaha Y15Z dalam perjalanan dari Kuah ke arah Jalan Chandek Kura dipercayai telah melanggar belakang sebelah kanan lori terbabit lalu menyebabkan mereka terperosok di bawah lori itu,” ujarnya sewaktu dihubungi Astro Awani.

Di bawah pengaruh dadah

Tambah Shariman, hasil ujian air kencing mendapati pemandu lori terbabit positif dadah jenis tetra hydrocannibol (THC) dan telah ditahan oleh pihak polis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah.

BACA: Jurugambar Alam Kongsi Foto Spesies Burung Yang Jarang Dijumpai

Dua Maut, Tiga Cedera Lori Tanah Rempuh Tiga Kenderaan 

Pada awal bulan lalu, Bernama melaporkan dua wanita maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk sebuah lori tanah di Jalan Kolon, Pokok Sena.

Menurut Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminudin Abd Rahim, dalam kejadian kira-kira 9.55 pagi itu, kedua-dua mangsa yang berumur 65 tahun dan 28 tahun menaiki kereta jenis Perodua Bezza meninggal dunia di tempat kejadian.

“Bomba menerima panggilan berkaitan kemalangan itu pada 9.59 pagi, seterusnya tiga pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Pokok Sena serta Kuala Nerang digegaskan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan melibatkan lori tanah 10 tan yang dipercayai terbabas sebelum merempuh Perodua Bezza, Perodua Axia dan Toyota Hilux,” maklumnya dalam satu kenyataan.

Sumber: Astro Awani

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?