Siakap Keli
kucing kencing merata
Kredit TikTok/@zanita67

Guna Tiga Bahan Je, Cara Buat “Spray” Elak Kucing Kencing Merata

Guna Tiga Bahan Je, Cara Buat “Spray” Elak Kucing Kencing Merata

Kucing merupakan haiwan yang sering dijadikan sebagai peneman di kala sunyi dan keseorangan.

Memiliki kucing sebagai haiwan peliharaan boleh menjadi terapi yang baik terutamanya kepada kesihatan mental si pemilik.

Sifatnya yang comel, manja dan mudah dibelai antara faktor pemilik dan si bulus dapat mencipta hubungan yang sukar dijelaskan.

Akan tetapi, kucing juga adakalanya boleh mendatangkan masalah, misalnya kencing atau berak di merata-rata tempat. Kucing itu pula, cenderung untuk mengulangi tabiat yang sama di lain masa.

Bau hancing dan busuk sudah tentu akan mengganggu si pemilik yang mahu berehat dan menenangkan diri.

Cara buat bancuhan ajaib, hindar kucing kencing merata tempat

Justeru, SK pada hari ini ingin berkongsi satu tip mudah untuk mengelakkan bau hancing kucing di sekitar kawasan rumah.

kucing kencing merata
Kredit TikTok

Tip menarik ini diambil daripada perkongsian seorang pengguna TikTok yang bernama @zanita67.

Hanya perlu guna tiga bahan semula jadi ini

Menerusi perkongsian itu, terdapat tiga bahan semula jadi yang digunakan untuk menghasilkan bancuhan ajaib ini.

Bahan-bahan tersebut adalah air 500 ml, serai tiga batang dan bawang putih tujuh ulas.

kucing kencing merata
Kredit TikTok

Cara penyediaannya cukup mudah, anda hanya perlu kisar kesemua bahan tadi sehingga ia hancur dan lumat.

Kemudian tapis bahan kisar tadi lalu masukkan ke dalam botol penyembur. Ia bagi memudahkan bancuhan itu disemburkan pada lokasi-lokasi di dalam rumah.

Berdasarkan perkongsian itu lagi, Puan Zanita menunjukkan demonstrasi bagaimana kucing peliharaannya cuba mengelak daripada menghidu bau bahan kisar tersebut.

kucing kencing merata
Kredit TikTok

Kucing peliharaan milik Puan Zanita jelas dilihat sedaya upaya cuba mengelak apabila pemiliknya itu menghulurkan tangan yang disembur dengan bahan tersebut.

Menurut Puan Zanita lagi, bahan yang dikisar itu boleh disembur setiap tiga hari sekali di kawasan yang sering menjadi tumpuan si kucing.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

@zanita67

Awak save Tau Video Ni. #nitaqute #kucingkencingmerata #petua #kucingkencing

♬ original sound – Nita Bonnie – Nita Bonnie

Semoga bermanfaat.

Sumber: TikTok/@zanita67

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.