Siakap Keli
Majlis perkahwinan Putera Mateen
Kredit rtbnews/Instagram

Hotel Di Brunei Penuh, Sempena Majlis Perkahwinan Putera Mateen

Hotel Di Brunei Penuh, Sempena Majlis Perkahwinan Putera Mateen

Semua hotel-hotel di Bandar Seri Begawan, Brunei dilapor penuh selepas ditempah pengunjung sempena majlis perkahwinan Putera Mateen dengan Dayang Anisha.

Menurut VNExpress memetik Borneo Bulletin, perkara itu didedahkan oleh pengurus besar sebuah hotel tempatan yang dikenali sebagai Andy Goh.

Andy Goh berkata tempahan bilik hotel pada 14 Januari depan sempena hari Perarakan Diraja juga sudah penuh.

Difahamkan, rakyat Brunei dari seluruh negara telah menempah penginapan selama satu malam untuk mendapatkan tempat yang baik untuk melihat pasangan diraja tersebut.

Tambah Andy Goh lagi, hotelnya menerima tempahan untuk acara berkenaan sejak Oktober lepas lagi.

Dalam pada itu, pengarah operasi bagi sebuah lagi hotel, Molly Bong berkata pejabat kedutaan Brunei turut membuat tempahan lebih awal.

Tempahan itu dibuat bagi menempatkan tetamu dari luar negara yang hadir untuk majlis perkahwinan tersebut.

Menurut VNExpress, majlis perkahwinan diraja itu akan berlangsung selama 10 hari, bermula dengan majlis pertunangan pada Ahad lepas.

Manakala, majlis pernikahan kedua-dua pasangan tersebut berlangsung hari ini. Majlis resepsi dan perarakan kedua-dua mempelai itu pula akan berlangsung pada 14 Januari depan.

Majlis perkahwinan diraja itu akan berakhir secara rasmi pada hari tersebut.

Putera Mateen, 32, merupakan putera ke-10 Sultan Hassanal Bolkiah dan mengisi posisi keenam dalam barisan takhta kerajaan tersebut.

Beliau merupakan seorang juruterbang helikopter dan berpangkat Mejar dalam Tentera Diraja Brunei.

Selain itu, Putera Mateen juga pernah mewakili Brunei dalam sukan polo di Sukan SEA 2017 dan 2019.

Manakala Dayang Anisha Rosnah Binti Adam pula merupakan cucu kepada penasihat khas Sultan Brunei.

Anisha adalah pelajar kelulusan universiti terkemuka England dan memiliki label fesyen serta perniagaaan pelancongan bersama rakannya.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: VNExpress

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.