Siakap Keli
warga emas maut bertembung lori
Kredit Sinar Harian

Didakwa ‘Dicucuk’ Rapat Myvi, Warga Emas Maut Bertembung Lori

Didakwa ‘Dicucuk’ Rapat Myvi, Warga Emas Maut Bertembung Lori

Seorang warga emas dilapor maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan di Jalan Hutan Simpan, Masjid Tanah, lapor Sinar Harian.

Dalam kejadian pada pagi semalam itu, kemalangan tersebut turut melibatkan tiga kenderaan lain.

Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Yahya Mohd Talip, 69, yang memandu kereta Proton Saga disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mangsa dilapor mengalami kecederaan diseluruh anggota badannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad berkata ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Sungai Udang menghala ke Masjd Tanah.

Menurut Arshad, ketika kejadian kereta yang dipandu mangsa dipercayai telah diekori rapat oleh sebuah kereta Perodua Myvi.

Kereta Myvi tersebut dipandu oleh seorang lelaki berusia 30 tahun dan dinaiki oleh tiga penumpang lain.

Kereta mangsa dilanggar dari belakang sebelum hilang kawalan

Bagaimanapun, pemandu Myvi yang bekerja sebagai pemandu lori itu dikatakan tidak sempat mengelak kereta mangsa lalu melanggar kenderaan terbabit dari belakang.

“Akibat pelanggaran itu kenderaan mangsa telah memasuki ke laluan bertentangan sebelum dilanggar oleh sebuah lori jenis Hino yang dipandu lelaki berusia 28 tahun.

“Mangsa yang meninggal dunia telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat, manakala pemandu berusia 30 tahun itu mengalami luka di bahagian bibir dan yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

warga emas maut bertembung lori
Kredit Sinar Harian

Tambah Arshad, kesemua kenderaan yang terlibat telah dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom). Kenderaan tersebut dibawa ke Puspakom untuk menjalani pemeriksaan.

Kes kini disiasat di bawah Seskyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, rakaman video kejadian itu yang dirakam menerusi kamera papan pemuka kenderaan berat terbabit turut tular di media sosial.

Berdasarkan video berdurasi satu minit itu, kereta mangsa telah dilanggar dari arah belakang lalu hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.

Pada ketika itulah kereta yang dipandu mangsa telah bertembung dengan lori tersebut.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.