Siakap Keli
Cara simpan plastik
Kredit TikTok/@nurfarhana878

Gulung Macam Tisu, Cara Mudah Nak Simpan Beg Plastik

Gulung Macam Tisu, Cara Mudah Nak Simpan Beg Plastik

Beg plastik masih menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk membawa barang yang dibeli di pasar raya.

Walau pun ada caj dikenakan untuk setiap beg plastik, nampaknya ramai yang tidak kisah dan memilih untuk membayar berbanding membawa beg kitar semula sendiri.

Di pasar raya pula, apabila semakin banyak barang yang dibeli, maka semakin banyak jugalah beg plastik yang diperlukan.

Beg plastik ini, ada kalanya terasa sayang untuk dibuang begitu sahaja. Apatah lagi, beg plastik yang dibuang akan mencemarkan alam.

Cara mudah simpan beg plastik

Jadi, lama kelamaan beg plastik yang dikumpul menjadi banyak dan memakan ruang simpanan.

Justeru, penyimpanan beg plastik yang betul perlu dilakukan agar ia mudah untuk digunakan semula pada masa akan datang.

Oleh itu, SK pada hari ini ingin berkongsi satu tip menarik bagaimana cara untuk menyimpan beg plastik dengan kemas dan mudah.

Perkongsian menarik itu telah dilakukan oleh seorang pengguna TikTok yang bernama @nurfarhana878.

Untuk memudahkan penyimpanan beg plastik ini, bahan-bahan yang diperlukan adalah bekas plastik bersaiz sederhana dan gegelung kotak tisu tandas.

Guna dua bahan utama untuk pastikan simpanan plastik menjadi semakin kemas

Berdasarkan perkongsian tersebut, langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan membuat lubang berbentuk ‘oval’ pada penutup bekas yang telah disediakan.

Kredit TikTok

Kemudian kumpul kan plastik mengikut saiz yang sama atau lebih kurang bagi memudahkan proses penyimpanan.

Gulung plastik pada gegelung kotak tisu tandas dan ikuti langkah ini sehingga plastik habis digulung.

Kredit TikTok

Sewaktu plastik tadi digulung, pastikan hujung plastik dimasukkan sedikit ke dalam tangkal pemegang plastik agar apabila ia ditarik akan turut terikut keluar.

Kredit TikTok

Untuk mendapatkan gambaran yang lebih mudah, anda boleh tonton perkongsian tip mudah tersebut seperti di bawah.

@nurfarhana878

Boleh cuba cara ni🤭 #tip #barangberguna #barangdapur #carasimpanplastik #simpanplastikterpakai #healingtiktok #fyp #berandatiktok #trending #fyppppppppppppppppppppppp

♬ bunyi asal – @farhana92 – @farhana92

Proses penyimpanan ini juga boleh dilakukan mengikut saiz plastik di dalam bekas yang berbeza.

Macam mana dengan perkongsian pada hari ini? Selepas ini tidak ada lagi masalah atau isu beg plastik berterabur di rumah anda.

Selain dapat disimpan dengan kemas, kita juga dapat memastikan beg plastik tadi boleh diguna berulang kali.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: TikTok/@nurfarhana878

 

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.