Tidak berkira dan sanggup melakukan apa sahaja supaya anak berjaya, itulah sifat yang ada pada ibu bapa meskipun terpaksa mengabaikan kebahagiaan sendiri demi senyuman anak-anak.
Bagi mereka tiada apa yang penting selain dapat melihat anak-anak menggapai kejayaan di dalam hidup dan dapat mengubah corak kehidupan ke arah lebih baik.
Amat jarang untuk melihat mereka memaparkan perasaan sedih, yang dapat dilihat hanyalah senyuman gembira terukir tanpa anak-anak mengetahui makna disebaliknya.
Pun begitu, penat lelah mereka akhirnya terbalas selepas melihat anak menyarungkan jubah memegang sijil kelulusan di peringkat universiti pada hari konvokesyen.
Pada ketika itu, mereka dengan gembira hadir sambil merakam momen kejadian dan menyaksikan nama anaknya dipanggil ke atas pentas menerima segulung sijil.
Momen tersebut diraikan dengan perasaan gembira kerana usaha akhirnya dibalas dengan kejayaan dan menjadi lebih bermakna apabila disaksikan oleh ibu bapa namun hanya seorang individu yang memaparkan reaksi yang sama, iaitu figura bernama ayah.
Di sebalik kegembiraan yang dirasakan, ayah masih lagi seperti orang yang sama, tidak pandai mengungkapkan perasaan itu tetapi masih tetap bangga dengan pencapaian anak.
BACA: Undang-undang Texas: Pemandu Mabuk Yang Bunuh Ibu Bapa Perlu Tanggung Anak Mangsa
Anak sarungkan jubah konvo pada ayah tanda hargai jasa
Seperti yang dikongsi oleh Penerbit USM di Facebook, yang menunjukkan seorang graduan menyarungkan jubah graduasi tanda penghargaan buat ayah yang selama ini bekerja keras memastikan anak berjaya.
Dalam perkongsian video tersebut, seorang lelaki yang merupakan graduan pada hari konvokesyen itu bertindak untuk memberikan jubahnya kepada bapanya.
Dengan perlahan dia menyarungkan jubah tersebut supaya tidak menyakitkan bapanya sambil mengemaskan pemakaian jubah itu.
Dia menanggalkan kopiah yang dipakai bapanya dan menggantikan dengan topi konvo atau mortar board bagi melengkapi pemakaian jubah itu.
Perbuatan itu dilakukan bagi mengenang jasa bapanya yang selalu berusaha mencari duit lebih dengan melakukan kerja sambilan.
Bapanya sanggup membanting tulang walaupun terpaksa menjadi pesawah dan membuat kerja-kerja kampung supaya dia menamatkan pembelajaran pada tepat masanya.
Semasa anaknya melakukan perbuatan itu bapa tersebut hanya diam, tidak melontarkan sebarang kata mengizinkan anaknya untuk memakaikannya jubah tersebut.
Walaupun tiada reaksi yang ditonjolkan, namun bapanya pasti gembira gembira dengan prestasi yang ditunjukkan anaknya.
Sumber: Penerbit USM/Facebook