Rupanya Ini Punca Jam Cepat Rosak!
Pernah tak anda perasan, setiap kali anda beli jam dinding yang baharu dan juga bateri untuk jam itu, ia tidak tahan lama?
Mula-mula guna, memanglah jam bergerak dan tunjuk masa dengan tepat. Tapi, tiba-tiba akan ada hari jam itu tiba-tiba tidak bergerak atau gerak terlalu cepat ataupun laju berbanding biasa.
Kadang-kadang, bila jam berhenti bergerak, anda akan ingat ia kehabisan bateri dan anda pun belilah bateri baru untuk gantikannya.
Tapi, pernah tak anda terfikir nak tengok dekat label bateri itu? Kalau nak tahu, itulah punca jam cepat rosak. Perkongsian mengenai jenis bateri yang sesuai untuk jam ini telah dikongsikan di TikTok oleh Mohd Khairul.
Tiga Jenis Bateri Untuk Barangan Berbeza
Dalam video yang dikongsikan, dia telah berbual bersama seorang pakar membaiki jam yang telah memberitahu mengenai tiga jenis bateri yang berbeza melalui label yang terdapat pada bateri tersebut.
Tiga jenis bateri yang telah dinyatakan dalam video tersebut adalah bateri alkaline, super heavy duty dan juga heavy duty. Setiap jenis bateri itu pula hanya boleh digunakan untuk barangan yang tertentu saja.
Menerusi video itu, bateri alkaline merupakan bateri yang digunakan untuk remote dan juga kamera. Ia merupakan bateri yang paling mahal dan juga yang terkuat kuasanya.
Sekiranya anda menggunakan bateri itu untuk diletakkan ke dalam jam anda, jam anda akan cepat rosak.
Seterusnya, bateri super heavy duty. Dalam video itu, penjelasan bateri ini adalah untuk digunakan pada barangan elektrik seperti radio, mainan dan juga lampu suluh.
Sama seperti bateri alkaline, sekiranya anda masukkan bateri super heavy duty ini ke dalam jam anda, jam anda akan rosak.
Rosak tidak bermaksud tidak bergerak, ia akan bergerak tetapi mungkin bergerak telalu laju atau terlalu perlahan. Ada juga kemungkinan untuk jam anda berfungsi dengan baik, tetapi ia menghabiskan bateri terlalu cepat.
Menurut video yang dikongsikan itu, bateri yang sepatutnya anda gunakan untuk jam dinding anda adalah bateri heavy duty. Apabila anda gunakan bateri ini, jam dinding akan bermungkinan untuk tidak cepat rosak.
Jadi anda perlu ingat, setiap jenis bateri hanya boleh digunakan untuk barangan yang tertentu saja.
@mohdkhairul.mk Hari ni bawa 2 jam dinding tukar motor. Selama ni bila rosak je buang.. tp bila tukang jam cakap boleh tukar.. bawa kat dia 2 jam utk tukar motor.. Ni nasihat dia kenapa motor jam dinding kita biasa rosak.. *salah pilih bateri* #jamdinding #repairjam #CapCut
Sumber: Mohd Khairul via TikTok
BACA JUGA: Wayar Voltan Tinggi Jatuh Ke Jalan? Ini Cara Selamatkan Diri