Siakap Keli

Squarelet Lancar New Year Booster untuk Menyokong Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS)

Squarelet, peneraju sistem e-dagang dan pengurusan ejen, bakal membuka lembaran kejayaan dan pertumbuhan baharu untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Malaysia melalui Inisiatif New Year Booster. Langkah strategik ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan syarikat itu sebagai peneraju utama dalam bidang e-dagang, tetapi juga menjadikannya rakan baik bagi perniagaan tempatan untuk tahun 2024.

Selaras dengan inisiatif-inisiatif PKS/PMKS yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, pelancaran Inisiatif New Year Booster Squarelet adalah tepat pada waktunya, kerana ia menyediakan jaminan pertumbuhan dan kejayaan yang luar biasa tahun ini. Sebagai peneraju untuk PMKS, Squarelet diiktiraf sebagai rakan baik bagi perniagaan yang berhasrat untuk berkembang maju dengan impak positif pada tahun ini.

“Inisiatif New Year Booster adalah bukti komitmen Squarelet untuk memperkasakan PMKS di Malaysia. Kami yakin, dengan memberikan rangsangan strategik pada permulaan tahun, kami mampu menyumbang kepada kejayaan dan pertumbuhan perniagaan tempatan, sekali gus mengukuhkan kedudukan kami sebagai rakan baik dalam kejayaan perniagaan mereka”, kata Pengurus Perunding Operasi Squarelet, Naznin Onn (Naznin).

PMKS di Malaysia hari ini masih berdepan pelbagai cabaran seperti penggunaan teknologi digital yang rendah, pembiayaan kewangan yang terhad dan peraturan yang rumit. Cabaran ini menyebabkan usahawan menghadapi kesukaran untuk mengembangkan perniagaan dan kekal pada tahap yang sama. Malah, kekurangan literasi digital ini juga memberi halangan untuk mereka terus berdaya saing. Justeru, sokongan bersasar dan langkah penetapan dasar adalah penting untuk memupuk pertumbuhan mampan dan ketahanan mereka dalam ekonomi.

Bagi memperkasakan PMKS, Squarelet telah menawarkan satu ganjaran istimewa kepada pengguna PMKS baharu, iaitu langganan pakej HQ percuma selama sebulan bernilai RM998 untuk perniagaan yang mendaftar antara Januari hingga April 2024. Tawaran eksklusif ini turut diperluas kepada perniagaan yang berjaya meraih jualan RM50,000 dalam tiga bulan pertama. Ia merangkumi program Success Accelerator, di mana Pasukan Perunding Operasi akan melawat ke premis pelanggan untuk menyediakan latihan kepada kakitangan mereka. Inisiatif ini bertujuan menyediakan permulaan yang baik untuk perniagaan, sekali gus mencerminkan komitmen Squarelet terhadap kejayaan PMKS.

“Kami sangat teruja untuk memberikan ganjaran istimewa kepada pengguna PMKS baharu, iaitu langganan pakej HQ percuma selama sebulan yang bernilai RM998. Tawaran eksklusif ini bukan sekadar menawarkan peluang penjimatan kos tetapi juga merupakan cara kami menyokong kejayaan perniagaan pelanggan yang mencapai jualan RM50,000,” tambah Naznin.

Dengan kepakaran yang ada, Squarelet meletakkan diri sebagai satu jenama yang dipercayai oleh usahawan-usahawan tempatan.

Berbekalkan pengalaman lebih 10 tahun dalam e-dagang, pengurusan perniagaan, dan sistem pengurusan ejen, Squarelet menawarkan penyelesaian A-Z Reseller Management yang komprehensif. Ia merangkumi penyimpanan data ejen, pembayaran komisen secara automatik dan sebagainya. Ini memberikan pengalaman yang berharga buat usahawan dalam menguruskan perniagaan mereka melalui plan e-dagang. Malah, Squarelet juga komited untuk menyokong kejayaan PMKS dengan menawarkan Onboarding Session (sesi latihan) secara percuma yang bernilai RM5,000 buat usahawan.

Rekod kecemerlangan Squarelet dapat dilihat melalui kisah kejayaan dari HQ seperti Dexandra, Das Abdul Global, byChefiza, dan Leeyanarahman. Mereka secara konsisten telah membuktikan keuntungan jualan bulanan mencapai 7 ke 8 angka sekali gus membantu ratusan ribu ejen meraih jualan bulanan antara 4 ke 6 angka. Tambahan lagi, dengan platform launching produk yang disediakan oleh Squarelet turut mampu menjana puluhan ribu order pelanggan dalam satu masa, sekali gus membantu ratusan ribu ejen mendapat keuntungan mencecah puluhan ribu ringgit dalam tempoh beberapa jam sahaja.

“Berbekalkan kepakaran selama sedekad, Squarelet telah menjadi rakan niaga terbaik dalam memacu perniagaan ke arah keuntungan jualan yang hebat. Kejayaan berterusan kami adalah bukti keberkesanan strategi kami yang disesuaikan dengan landskap e-dagang yang dinamik. Melalui pengumpulan data yang strategik, penyelesaian inovatif, dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, kami terus mendukung perniagaan PMKS untuk berkembang maju, sekali gus menjadikan Squarelet sebagai platform e-dagang dan sistem pengurusan ejen yang dipercayai bagi mereka yang mahukan kejayaan berterusan dalam perniagaan atas talian yang kompetitif”, tambah Naznin.

Dalam usaha Squarelet untuk memperkasakan PMKS pada tahun 2024, Squarelet bukan hanya peneraju dalam industri e-dagang, tetapi juga merupakan pemangkin kejayaan dalam ekosistem perniagaan Malaysia yang dinamik.

Untuk maklumat lanjut mengenai Squarelet, layari https://squarelet.com/

Nur Farra