Siakap Keli
pekerja pemotong rumput thailand
Kredit: @sinarharianonline/TikTok

Guna Jaring Sebagai Penghadang, Pekerja Pemotong Rumput Di Thailand Dipuji

‘Bagus Idea Ni,’ Pekerja Pemotong Rumput Di Thailand Guna Jaring Sebagai Penghadang Raih Perhatian

Setiap laluan di muka bumi ini, tidak lengkap kalau tiada tumbuh-tumbuhan yang menjalar menyerikan lagi suasana dengan penambahan warna hijau selain daripada warna-warna bumi.

Seperti manusia, tumbuhan juga merupakan hidupan yang bernyawa di mana semakin hari semakin tumbuh membesar menjadi pelindung buat haiwan.

Bagaimanapun, terdapat setengah jenis tumbuhan yang perlu dipotong jika ia tumbuh dengan cepat misalnya seperti rumput di tepi-tepi jalan.

Kebiasaannya, rumput di tepi jalan akan dikemaskan oleh pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan tumbuhan tersebut tidak mengganggu pandangan pengguna jalan raya.

Sesetengah pemandu mesti akan rasa risau dan seriau sekiranya melihat pekerja pemotong rumput sedang giat memotong tumbuhan itu di tepi jalan.

Kerisauan itu lebih kepada cermin kereta kerana mesin pemotong rumput itu mampu menyebabkan kerosakan kepadanya.

BACA: Boleh Tuntut Ganti Rugi, Ini Caranya Kalau Cermin Kereta Anda Pecah Kena Batu Orang Mesin Rumput

Jadikan jaring sebagai penghadang

Bagaimanapun, video yang tular baru-baru ini membuatkan orang ramai berasa selamat selepas pekerja pemotong rumput di Thailand menggunakan penghadang supaya tidak merosakkan cermin kereta pengguna jalan raya.

Tindakan sekumpulan pekerja pemotong rumput itu mendapat pujian daripada warga maya di negara ini susulan menggunakan jaring hitam untuk menghalang benda asing terkena pada kenderaan.

Kerja pemotongan rumput itu dilakukan lebih daripada dua pekerja dan telah dibahagikan kepada dua bahagian.

Bahagian pertama iaitu pemotongan diberikan kepada dua orang pekerja manakala empat daripada mereka diperlukan untuk memegang jaring hitam sebagai penghalang.

Tidak dinafikan idea penambahan jaring hitam itu berjaya membuatkan warga maya berasa kagum terutamanya di negara ini susulan penghalang itu digunakan sebagai alat pelindung kereta.

Rata-rata yang meninggalkan komen berkata alat tersebut membuatkan pengguna jalan raya tidak diselubungi kerisauan sekiranya lalu di sebelah mereka.

“Bagusnya idea macam ini,” komen warga maya.

Sementara itu, segelintir warga maya turut berkongsi pengalaman mengatakan perkara tersebut sering dilakukan oleh pekerja pemotong rumput berdekatan dengan pejabatnya.

“Dekat pejabat kami memang macam ini (pakai pelindung), kalau mereka (pekerja)  mesin rumput terutamanya dekat kawasan ada kereta,” ujar netizen.

“Tempat kediaman saya pun buat perkara ni bila potong rumput,” kata warga maya lagi.

@sinarharianonline

Tindakan sekumpulan pekerja pemotong rumput dari Thailand mendapat pujian netizen apabila mereka menggunakan jaring hitam sebagai penghadang bagi mengelakkan benda asing terkena kenderaan yang melalui jalan tersebut. #fyp #SinarHarian #VideoViral #Thailand #BeritaDiTikTok

♬ original sound – Sinar Harian – Sinar Harian

Sumber: @sinarharianonline/TikTok

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.