Siakap Keli
Permohonan Biasiswa ACYLS dibuka
Kredit ASEAN, Facebook/Kementerian Pendidikan Tinggi

KPT Umum Biasiswa ASEAN-China YLS Boleh Dimohon, Tutup 13 Mac Ini

KPT Umum Biasiswa ASEAN-China YLS Boleh Dimohon, Tutup 13 Mac Ini

Permohonan Biasiswa ASEAN-China Young Leaders Scholarship (ACYLS) kini dibuka untuk mereka yang berminat untuk menyambung pelajaran.

Perkongsian berkenaan penawaran itu telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan Tinggi menerusi hantaran di laman Facebook rasmi kementerian tersebut.

Difahamkan, program ACYLS ini adalah sebuah inisiatif untuk menyahut seruan Pemimpin Repbulik China (PRC) dan Anggota ASEAN (AMS) untuk meningkatkan jumlah pertukaran dalam kerjasama pendidikan dan akademik.

Program itu merupakan sebahagian daripada usaha memupuk hubungan ASEAN-China ke arah membina komuniti yang lebih akrab di masa depan.

Selain itu, ACYLS juga merupakan projek khas untuk AMS, khusus untuk golongan muda dan profesional dengan pengalaman bekerja.

Biasiswa ini akan diberikan kepada pemohon yang layak untuk menyambung ijazah sarjana atau kedoktoran dan program penyelidikan jangka pendek.

Pemberian ACYLS meliputi semua perbelanjaan berkaitan program termasuk pengecualian tuisyen dan yuran sekolah lain.

Ia juga termasuk pembiayaan penginapan, penerbangan antarabangsa, insurans perubatan yang komprehensif dan gaji.

Sebanyak 33 universiti di China terlibat dalam program biasiswa ACYLS ini dan mereka yang layak menerima biasiswa tersebut boleh memilih satu daripada 33 universiti tersebut.

Bagi mereka yang berminat boleh memohon sekarang kerana permohonan akan ditutup pada 13 Mac ini.

Untuk maklumat lanjut anda boleh terus imbas kod QR yang tertera pada paparan yang dikongsikan oleh laman Facebook KPT di bawah.

https://www.facebook.com/MOHEOfficial/posts/pfbid02UsbvwtzrUPsEXMWE3yXcd5cgzjm3qdoWLf5963cccqeGX6ipoah9fUbZdxatFEArl

China Tawar 3,000 Biasiswa Kepada Lepasan TVET 

Terdahulu, sebanyak 3,000 tawaran biasiswa ditawarkan oleh kerajaan China kepada lepasan TVET Malaysia untuk menjalani latihan di negara itu.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan beliau pada 16 Januari lalu.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata pelajar terpilih akan menjalani latihan dalam pelbagai bidang kemahiran antara tiga bulan hingga satu tahun di negara Tembok Besar itu yang merupakan antara sebahagian daripada “Belt and Road Initiative (BRI)”.

“Kerajaan China akan membiayai 100 peratus kursus termasuk kemudahan dan lain-lain. Ini satu tawaran yang baik dan penempatan ini dibahagi-bahagikan antara institusi TVET yang ada.

Mereka cuma meminta supaya tiket kapal terbang sahaja yang dibiayai oleh pelajar-pelajar dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan biayai tiket pergi dan balik untuk pelajar-pelajar TVET kita,” katanya.

BACA: Air Mineral Dari Gunung Raya, Langkawi Ada Kandungan Silika Paling Tinggi?

Sumber: Facebook/Kementerian Pendidikan Tinggi

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.