Siakap Keli
awan berbentuk salib
Kredit: Cikgu Andreas Hong/Facebook

Penduduk Dakwa Jumpa Awan Berbentuk Seakan Salib

Penduduk Dakwa Jumpa Awan Berbentuk Seakan Salib

Sekiranya dilukis pada kertas, kita mesti akan menggambarkan awan sebagai gumpalan wap air yang bulat kerana ia terlihat seperti bentuk ‘O’ yang panjang serta memiliki lekuk di bahagian sisi.

Pun begitu, jika anda menggerakkan kepala ke atas memandang langit awan yang dijadikan bulat dalam lukisan sebenarnya mempunyai pelbagai bentuk.

Ada hari ia membentuk menyerupai haiwan dan ada hari ia membentuk seperti muka manusia dan kadang-kadang ia menunjukkan bentuk yang paling tidak disangka-sangka.

Awan didakwa bentuk salib

Misalnya, seperti awan yang didakwa menjadi bentuk seakan salib oleh individu yang menyaksikan kejadian tersebut di Kampung Long Loyang di Sarawak pada Ahad lalu.

Dalam satu perkongsian, individu tersebut berkata bentuk awan yang didakwa seakan menyerupai salib itu boleh dilihat dari beberapa kampung sepanjang Sungai Tinjar.

Kredit: Cikgu Andreas Hong/Facebook

Jelasnya, gambar yang diambil itu adalah sahih tidak sunting dan bukannya rekaan semata-mata.

Individu tersebut turut mengepilkan tiga gambar yang menunjukkan awan itu berbentuk seperti yang didakwa olehnya.

Menelusuri gambar tersebut, awan itu dilihat menyerupai bentuk ‘t’ dan jika dilihat dari jauh ia dalam keadaan sedikit condong.

“Penampakan (seakan bentuk) salib di awan yang boleh dilihat dari beberapa kampung sepanjang Sungai Tinjar.

“Gambar diambil dari Kampung Long Loyang. Ini betul-betul punya, bukan sunting,” katanya dalam satu hantaran yang dimuat naik pada Ahad.

Difahamkan juga, hantaran tersebut telah meraih perhatian orang ramai khususnya penduduk yang tinggal di kawasan itu.

Rata-rata mereka mengambil peluang menyaksikan bentuk itu dengan mata kepala sendiri sambil merakam foto awan tersebut.

https://www.facebook.com/andreas.hong/posts/pfbid0EE4L9LB6H7JCnz7QYzeFkkVPgGCgstJVhw7syvMmH3cDo8MaF1ZeE7G4QzLNpcjwl

Sumber: Cikgu Andreas Hong/Facebook

BACA: Awan Rendah Selubungi KLCC & Menara KL Berjaya Dirakam Pagi Tadi, Bacaan Suhu 23°C

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.