Baru Nak Kerja Dah Jadi ‘Homeless’, Tiada Duit Nak Bayar Deposit Sewa 2+1 Di Bandar
Sebagai anak desa yang baru menjejakkan kaki di negeri orang, pasti tahu betapa susahnya untuk hidup di bandar yang sibuk tanpa kehadiran kedua ibu bapa. Semua perkara perlu kendalikan sendiri termasuk mencari rumah sewa.
Agak mencabar sebenarnya untuk mencari rumah atau bilik sewa yang tawarkan khidmat mingguan. Maklumlah, baru je dapat kerja, gaji untuk bulan pertama pun belum dapat lagi jadi lebih memilih untuk cari alternatif yang bantu mengurangkan beban.
Sesuai dengan situasi yang digambarkan, ada yang berkongsi pengalaman ketika mula-mula hendak memulakan kerjaya di bandar. Bak kata orang ‘struggle is real’ ternyata boleh memberi semangat kepada seorang wanita untuk meneruskan permulaan kerjayanya di bandar.
“Nak cari rumah sewa di bandar ni memang senang, tapi nak cari yang mampu bayar itu yang susah. Kebanyakannya deposit 2+1, kalau sewa bulanan pun RM1,000, nak kena sediakan RM3,000 sebelum masuk rumah. Itu belum lagi kos-kos kecil lain yang akhirnya akan jadi banyak.
Mana nak cari sejumlah duit banyak itu, dah la baru nak mulakan kerja. Memang cukup-cukup duit untuk makan sementara nak dapat gaji pertama. Nak tak nak kena lah jadi homeless kejap, cari tempat yang diyakini selamat untuk melelapkan mata dan rehatkan badan.
Itu belum lagi difikirkan tentang keselamatan diri apabila tiada tempat perlindungan yang tetap, hanya berlegar-legar setiap hari di luar waktu kerja. Kadang-kadang rasa berada di tempat kerja lebih selesa berbanding berada di ‘tempat berehat’ yang tidak tentu arahnya. Jika bernasib baik ada kenalan, boleh la tumpang rumah, tapi segan juga hendak menumpang sehingga berbulan-bulan”
Penginapan Youth Capsule tawar harga rahmah
Bertitik tolak daripada gambaran situasi sebeginilah, ada pihak yang melaksanakan inisiatif penginapan Youth Capsule dengan menawarkan harga Rahmah. Inisiatif ini dikhususkan untuk golongan belia berumur 18 hingga 40 tahun yang baru sahaja tamat pengajian dan bekerja di ibu negara.
Sesuai sangat untuk mereka yang mahu menginap sementara kerana ia dibayar secara harian iaitu sebanyak RM10 sehari. Dengan harga rahmah yang ditawarkan pastinya sedikit sebanyak membantu golongan belia yang menghadapi kekangan ekonomi bekerja di bandar.
Lebih syok, apabila Youth Capsule (Y Capsule) ini terletak di Bandar Tun Razak, Cheras di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dan bercakap tentang kemudahan tempat tersebut berdekatan dengan pengangkutan awam seperti perhentian bas dan juga MRT.
Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan kelengkapan lain seperti dobi layan diri, peralatan memasak dan juga kemudahan internet persis seperti rumah sewa di kebanyakan tempat.
Tak salah untuk mencuba gunakan Y Capsule yang disediakan oleh Kementerian Belia Sukan (KBS) ni, boleh daftar di laman sesawang IYC untuk lihat terma dan syarat penginapan.
Diam tak diam, genap setahun Hannah Yeoh berkhidmat sebagai menteri KBS dan dalam masa yang singkat banyak perkara yang telah dicapai oleh beliau kerana baginya, bekerja seolah-olah setiap hari adalah hari terakhir di Putrajaya.
Dedikasi Hannah Yeoh dalam menjadikan KBS sebagai tempat untuk memperkukuhkan ekosistem sukan dapat dilihat selepas pelepasan cukai RM1,000 diperluas meliputi perbelanjaan yuran latihan sukan mulai tahun ini.
Kemudian, membangunkan kod sukan selamat untuk menjamin hak dan kebajikan komuniti sukan, menyediakan geran padanan sukan RM40 juta untuk persatuan sukan menganjurkan kejohanan bagi meningkatkan prestasi atlet negara dan atlet sukan negara juga dapat menikmati caruman KWSP dan PERKESO bermula tahun ini.
Sementara itu, bagi sukan dan fasiliti pula, Hannah telah memulakan KLAS Renang percuma untuk kanak-kanak B40, membuka fasiliti Stadium Bukit Jalil kepada sekolah secara percuma untuk hari sukan dan membantu pasukan kebangsaan dapatkan fasiliti latihan pusat melalui inisiatif 1 sukan 1 fasiliti.
Tidak lupa juga dengan golongan belia, KBS telah memberi bantuan pentadbiran RM5 Juta setiap tahun kepada Majlis Belia Malaysia dan badan gabungan dan melancarkan sekolah rukun negara untuk memastikan anak muda memahami isu-isu demokrasi dan kenegaraan.
Layari laman web KBS untuk lihat pencapaian yang telah dicapai.