Siakap Keli
cuepacs skim pencen penjawat awam
Kredit: Bernama

Cuepacs Tidak Setuju Keputusan Kerajaan Mansuh Skim Pencen Penjawat Awam

Cuepacs Tidak Setuju Keputusan Kerajaan Mansuh Skim Pencen Penjawat Awam

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan yang bakal memansuhkan skim pencen buat para penjawat awam baharu berstatus tetap.

Menurut Presiden Cuepacs, Datuk Dr Adnan Mat berkata, penjawat awam berkhidmat kepada negara melebihi 30 tahun secara purata.

Selain itu, skim pencen juga menjadi pilihan yang lebih menjamin kesejahteraan kebanyakan para penjawat awam selepas bersara.

“Ketika ini penjawat awam dibenarkan membuat pilihan sama ada memilih skim berpencen ataupun caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tetapi kebanyakan mereka lebih memilih skim berpencen.

“Dengan skim gaji yang masih rendah dalam perkhidmatan awam ketika ini, skim caruman KWSP ini dilihat tidak membantu penjawat awam mempunyai simpanan hari tua yang baik selepas persaraan kelak

“Disebabkan itulah kebanyakan penjawat awam lebih memilih skim pencen kerana ia adalah keistimewaan yang terbaik kepada mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Kabinet bersetuju untuk memansuhkan skim pencen terhadap lantikan penjawat awam baharu selepas ini

BACA: Pengambilan Penjawat Awam Tetap Baharu Tidak Berpencen – TPM

Sebelum ini, Kabinet dilaporkan bersetuju agar penjawat awam baharu kerajaan berstatus tetap tidak menerima faedah pencen selepas ini.

Memetik  Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid, perkara ini tidak melibatkan penjawat sedia ada.

Bagi penjawat awam sedia ada, status berpencen mereka tidak terjejas kerana pemansuhan skim ini hanya melibatkan lantikan baharu. Manakala, penjawat awam baru selepas ini akan membuat caruman menerusi KWSP.

Jelas Adnan, kerajaan sepatutnya mengadakan sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan terlebih dahulu. Beliau menjelaskan perkara tersebut perlu dilaksanakan sebelum menetapkan skim caruman KWSP secara mandatori kepada lantikan baharu secara langsung.

“Pandangan Cuepacs jelas, sekiranya kerajaan mahu melaksanakan sesuatu perkara perlulah berlandaskan prinsip tidak dikurangkan faedah semasa yang dinikmati oleh penjawat awam ketika ini.

“Kerajaan harus memastikan gaji yang diterima hari ini mampu memberi kesejahteraan hidup untuk penjawat awam dan dalam masa yang sama gaji ini mampu memberi simpanan untuk hari persaraan kelak,” katanya.

Adnan gesa agar pemberian pencen kepada ahli politik perlu dikaji semula

BACA: ADUN Merlimau Cadang Kerajaan Mansuh Pencen Wakil Rakyat Dahulu

Walau bagaimanapun, Adnan menegaskan jika keputusan penamatan skim pencen ini diambil, perkara tersebut hendaklah berkuatkuasa terhadap lantikan politik yang layak menerima pencen pada masa ini.

Baginya, jika terdapat kekangan kewangan yang menghalang kerajaan untuk meneruskan skim ini, kerajaan juga perlu meneliti semula pemberian pencen terhadap ahli politik.

“Ketika ini ahli politik yang dipilih menjadi wakil rakyat membabitkan ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta dilantik ke dalam jawatan eksekutif seperti exco, menteri, timbalan menteri juga layak untuk menerima pencen.

“Pemansuhan pemberian pencen kepada golongan ini terlebih dahulu merupakan langkah yang tepat kerana kebanyakan mereka berkhidmat sekitar lima tahun sahaja,” tambahnya.

Adnan memberitahu, golongan wakil rakyat bukan sahaja menerima elaun serta peruntukan yang tinggi semasa dalam perkhidmatan.

Malah, golongan ini memiliki pelbagai keistimewaan berbanding penjawat awam yang  berkhidmat lebih 30 tahun secara purata.

Dalam pada itu, Adnan menjelaskan tumpuan utama kerajaan ketika ini adalah untuk meneliti kes-kes golongan lantikan politik yang berkhidmat dalam waktu singkat.

Sungguhpun berkhidmat dalam maa singkat, golongan ini menikmati faedah saraan yang agak selesa. Beliau turut menegaskan agar skim pemansuhan skim persaraan ini bukan hanya disasarkan terhadap penjawat awam sahaja.

BACA: Bergaya, Lelaki Ke Pasar Dengan Tie Merah & Kasut Sebesar ‘Alam’

Sumber: Sinar Harian

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.