Siakap Keli

Samsung Lancar Siri Galaxy S24 Dengan Era Baru Teknologi Ai

Samsung Malaysia akhirnya mengumumkan siri terbaru mereka, Galaxy S24, yang sudah pun berada di pasaran Malaysia sejak 18 Januari lalu dengan harga bermula dari RM4,099.

Siri Samsung Galaxy S24 terdiri daripada 3 varian, iaitu standard, Plus, dan Ultra. Unit standard datang dalam 4 warna – Onyx Black, Marble Gray, Cobalt Violet, dan Amber Yellow. Menariknya, anda boleh mendapatkan varian eksklusif Jade Green, Sandstone Orange, atau Sapphire Blue dengan membelinya melalui laman web Samsung Malaysia.

Menariknya generasi baharu ini tampil dengan teknologi Galaxy AI dan penggunaan bingkai titanium pada Galaxy S24 Ultra.  Galaxy S24 Ultra didatangkan dalam 4 warna – Titanium Black, Titanium Gray, Titanium Violet dan Titanium Yellow. Terdapat juga 3 warna eksklusif Samsung Online – Titanium Blue, Titanium Orange dan Titanium Green.

Peranti yang dinanti-nantikan tahun ini, Samsung Galaxy S24 Ultra

Dikatakan S24 Ultra ini antara yang terbesar dan terberat diantara semua dengan saiz 79.0mm x 162.3mm x 8.6mm. Peranti ini menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 3 dengan RAM 12GB dan storan sehingga 1TB. Ia juga dilengkapi dengan skrin QHD+ Dynamic AMOLED 2X berukuran 6.8 inci dengan resolusi 3120 x 1440 pixel.

Selain itu, unit ini menggunakan kamera utama 200MP dengan OIS. Untuk kamera Telefoto, ia dilengkapi dengan kamera 50MP AF(F3.4, 5x, 0.7µm), 10MP AF (F2.4, 3x, 1.12µm) dan kamera Ultra-Wide 12MP, serta dilengkapi dengan sensor Laser AF. 

Ini adalah harga Samsung Galaxy S24, Galaxy S24+ dan Galaxy S24 Ultra di Malaysia:

  • Samsung Galaxy S24, 8GB RAM, 256GB storage – RM4,099
  • Samsung Galaxy S24, 8GB RAM, 512GB storage – RM4,599
  • Samsung Galaxy S24+, 12GB RAM, 256GB storage – RM4,899
  • Samsung Galaxy S24+, 12GB RAM, 512GB storage – RM5,399
  • Samsung Galaxy S24 Ultra, 12GB RAM, 256GB storage – RM6,299
  • Samsung Galaxy S24 Ultra, 12GB RAM, 512GB storage – RM6,799
  • Samsung Galaxy S24 Ultra, 12GB RAM, 1TB storage – RM7,799

Pra-tempahan di Malaysia kini dibuka dengan tawaran yang menarik. 

Samsung Malaysia memberikan ganjaran hebat kepada pelanggan yang membuat pra-pesanan sekarang dengan pelbagai hadiah eksklusif.  

  • Setiap pembelian Galaxy S24 Series anda akan mendapat RM500 e-baucar + ‘Double Storage Upgrade’ bernilai RM500. 
  • Tidak hanya itu, sebagai sebahagian daripada promosi ini, anda turut berpeluang mendapatkan potongan sehingga RM800 untuk pembelian tambahan (PWP) seperti Samsung Galaxy Tab, Galaxy Watch, dan Siri Galaxy Buds terpilih.
  • Untuk menjadikan tawaran ini lebih menarik, anda juga berpeluang menukar peranti lama anda dengan menerima rebat tambahan sehingga RM650
  • Diskaun sehingga 45% untuk Samsung Care+ dan aksesori terpilih.

Untuk pra-pesan peranti Galaxy S24 Series, sila klik pautan di bawah:

Pra-tempah Samsung Galaxy S24 Ultra di SINI

Pra-tempah Samsung Galaxy S24 atau Galaxy S24+ di SINI

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.