Siakap Keli
hadiah modenas Derrick Gan
Gambar via Awani

Modenas Hadiahkan Skuter Kepada Derrick Gan

Modenas Hadiahkan Skuter Kepada Derrick Gan

Ketua Pegawai Esekutif Modenas, Roslan Roskan dilaporkan telah menghadiahkan sebuah skuter Modenas Karisma bernilai kira-kira RM5,400 kepada penyokong pasukan Harimau Malaya, Derrick Gan yang tular baru-baru ini di media sosial.

Hadiah tersebut diterima olehnya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketika kejadian, Derrick juga dikejutkan dengan kehadiran penyampai 3 Pagi Era, Radin yang menyambut kepulangannya.

“Saya tidak sangka saya akan menerima sebuah skuter setelah saya pulang daripada menonton perlawanan bola sepak di Doha antara Malaysia dan Korea Selatan,” katanya.

Dalam pada itu, Derrick turut mengucapkan terima kasih atas hadiah yang telah diberi kepadanya dan berjanji untuk menggunakan skuter itu sebaiknya.

“Saya akan gunakan skuter ini sebaiknya dan saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Modenas dan radio Era yang menyambut kepulangan saya dengan kejutan ini,” kata Derrick.

Tambahnya lagi, “Ia adalah satu pengalaman yang luar biasa dan menggembirakan dalam hidup saya dan ia tidak dapat dilupakan,” ujarnya.

Kata Derrick juga, hadiah yang diterimanya itu adalah sebuah hadiah yang cukup istimewa dan simbolik bagi meraikan ulang tahun kelahirannya pada 28 Januari 2024.

Selain hadiah yang diterima, dia juga berkesempatan untuk membuat panggilan video bersama penjaga gol Malaysia, Syihan Hazmi.

Penjaga gol itu menyatakan rasa bangganya terhadap Derrick kerana dia mempunyai semangat yang tinggi untuk menyokong pasukan Harimau Malaya.

Peminat pasukan boleh sepak negara ini menjadi tumpuan kepada peminat yang lain selepas dia menjual motosikalnya untuk membiayai perjalannya ke Doha.

Tujuannya ke Doha adalah untuk menyokong pasukan Harimau Malaya dalam perlawanan kelayakan Piala Asia .

Sumber: Awani

BACA JUGA: Nenek ‘Gamer’ Umur 81 Tahun, Main ‘Game’ Sebagai Hobi

Nurul Alya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: