Dua Penunjuk Perasaan Ditahan Baling Sup Pada Lukisan Mona Lisa
Dua penunjuk perasaan ditahan selepas telah bertindak untuk membaling sup ke lukisan Mona Lisa di Muzium Lourve, Paris, lapor The Guardian.
Tindakan itu dilakukan kerana dua pelaku itu menyeru pihak bertanggungjawab untuk memberi bekalan makanan yang lebih berkhasiat dan banyak kepada penduduk.
Bagaimanapun, lukisan terkenal pelukis Leonardo Da Vinci itu sama sekali tidak mempunyai sebarang kesan sup di atasnya.
Hal ini kerana lukisan itu telah dilindungi dengan lapisan kaca kalis peluru dan difahamkan ia telah dijadikan sebagai alas sejak tahun 2005.
Kejadian itu telah menggemparkan pengunjung yang berada di situ dan tidak dinafikan tindakan itu mengejutkan mereka.
Selepas membaling sup ke lukisan Mona Lisa, dua penunjuk perasaan itu telah melepasi penghadang dan berdiri di setiap sisi lukisan itu sambil mengangkat tangan kanan mereka.
Salah seorang daripada mereka telah menanggalkan jaket yang dipakai untuk menujukkan t-shirt putih dengan slogan Riposte Alimentaire.
Berdasarkan rakaman video yang dikongsikan, video itu telah memaparkan saat lukisan Leonardo Da Vinci itu dibaling dengan sup serta reaksi pengunjung di situ.
Menerusi video tersebut, kedengaran kedua-dua penunjuk perasaan itu menjerit.
“Apa yang lebih penting? Karya seni atau hak untuk mempunyai makanan yang berkhasiat?
“Sistem pertanian kita ‘tenat’, petani mengalami kesusahan ketika bekerja!” tambah mereka lagi.
Para pekerja di muzium itu dengan segera bertindak untuk menghalang orang ramai daripada melihat lukisan tersebut dan menutupnya menggunakan skrin berkain hitam.
Tetapi, orang ramai telah pun menyaksikan kejadian itu dan mengetahui bahawa lukisan itu mempunyai sup di atasnya walaupun ia tidak meninggalkan kesan.
Riposte Alimentaire
Riposte Alimentaire merupakan sebahagian daripada kumpulan penunjuk perasaan A22 dalam 12 negara. Ia juga termasuk kumpulan penunjuk perasaan Just Stop Oil.
Dalam sebuah kenyataan yang diberi kepada AFP, kejadian itu dikatakan sebagai permulaan kempen penentangan dengan permintaan untuk mempunyai makanan yang mencukupi.
Kejadian tunjuk perasaan yang berlaku itu bukanlah kejadian yang pertama berlaku.
Pada tahun 2022, kumpulan aktivis Letze Generation telah membaling mashed potatoes pada lukisan Les Maules karya Claude Monets di sebuah galeri di Jerman.
Pada tahun yang sama juga kumpulan Just Stop Oil telah membaling sup tomato ke atas lukisan Vincent Van Gogh iaitu Sunflower di Galeri Nasional London.
Lukisan Mona Lisa yang dibaling sup itu juga pernah dibaling dengan cawan pada tahun 2009 dan ia menyebabkan kaca yang melindunginya itu tercalar.
Sumber: The Guardian
BACA JUGA: “Saya Datang Daripada ‘Zero’,” Faisal Halim Kongsi Pernah Tiada Duit Beli Kasut Bola