Siakap Keli
Cara buat arang
Gambar: TikTok @j.pabbicara

Guna Tempurung Kelapa, Macam Ni Rupanya Cara Buat Arang

Selalu Beli Yang Dah Siap, Rupanya Ini Cara Buat Arang

Sekiranya melakukan aktiviti luar rumah seperti berkelah, orang ramai kebiasaannya melakukan pelbagai aktiviti termasuklah barbeque (BBQ) beramai-ramai.

Sebut sahaja tentang BBQ ini, tentunya program ini tidak ‘jalan’ jika tiada bahan bakar seperti ketulan arang untuk memasak lauk-pauk dan sebagai.

Arang merupakan salah satu bahan alternatif yang penting sewaktu melakukan aktiviti berkelah ini. Lebih-lebih lagi ia mudah dibawa ke mana-mana dan siap untuk di bakar.

Berbanding dengan kayu api, tempurung mengambil masa yang agak lama untuk di bakar menjadi arang.

Namun pernahkah anda terfikir, bagaimana proses ketulan arang ini dilakukan? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian di bawah.

Cara Buat Arang

Bahan-bahan yang diperlukan dalam pembuatan arang ini adalah tempurung kelapa, serbuk kanji dan air.

Cara buat arang
Gambar: TikTok @j.pabbicara

BACA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Cara-caranya

Pertama, kumpulkan tempurung kelapa yang telah dipecahkan dalam satu bekas atau tong untuk dibakar. Proses pembakaran ini mengambil masa selama empat jam.

Kedua, arang yang dibakar akan dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam mesin khas untuk dihancurkan menjadi serbuk halus.

Cara buat arang
Gambar: TikTok @j.pabbicara

Ketiga, proses seterusnya adalah memasak serbuk kanji. Masukkan tepung kanji ke dalam bekas atau periuk yang telah diisi air. Kemudian, kacau adunan hingga sebati dan likat di atas dapur.

Gambar: TikTok @j.pabbicara

Keempat, campurkan 850 gram serbuk arang dengan 150 gram kanji dan gaulkan sehingga ia menjadi padat.

Kelima, bentukkan arang menggunakan bahan atau besi berbentuk segi empat. Setelah selesai, letakkan ia ke dalam satu bekas secara bersebelahan.

Cara buat arang
Gambar: TikTok @j.pabbicara

Keenam, arang yang telah siap dibentuk akan dijemur di bawah sinaran matahari selama 20 jam dan proses ini bertujuan untuk keringkan arang.

Arang kemudiannya akan di pek sebelum digunakan atau dijual kepada pembeli.

Semoga bermanfaat.

BACA JUGA: Ada Yang Ditembak Jatuh Hingga Korbankan Ratusan Nyawa, Ini Insiden 4 Kes Pesawat Asing Didakwa ‘Ceroboh’ Ruang Udara Sesebuah Negara Hingga Menggemparkan Dunia

Sumber: TikTok @j.pabbicara, & TikTok @rajawalikopigayo

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: