Lidah Rasa Gatal & Mencucuk Lepas Makan Nanas? Ini Sebabnya
Buah nanas antara buah-buahan yang popular. Siapa sangka rupa luarannya kesat dan tajam tidak mencerminkan isi di dalamnya yang manis dan berwarna kekuningan.
Bukan itu sahaja, buah ini juga kaya dengan khasiat. Jadi tidak hairan buah ini banyak dihidangkan dalam aneka makanan bahkan dalam produk sekalipun.
Pun begitu, mesti anda pernah berasa gatal-gatal atau pedih pada lidah setelah makan buah ini kan? Pernah terfikir kenapa ia boleh berlaku?
Untuk mengetahui jawapannya, mari kita selidiki menerusi perkongsian di bawah.
Buah Nanas

Buah nanas atau nama saintifiknya ananas comosus merupakan buah yang dikategorikan sebagai buah tropika. Sudah tentu buah ini menyegarkan dan isi di dalam bersifat ‘berair’.
Walau bagaimanapun, jika mengambil dalam kuantiti yang banyak, nikmat manis buah ini boleh bertukar kepada rasa gatal dan pedih di dalam mulut.
Difahamkan, nanas mempunyai strukur (tisu) yang dipanggil raphides. Bentuk raphides tak ubah seperti jarum kristal. Ia diperbuat daripada kalsium oksalat yang boleh didapati dalam banyak tisu tumbuhan.

Secara teori, raphides berperanan untuk mengawal kalsium dan detoksifikasi. Ia juga dikatakan boleh bertindak sebagai ‘mempertahankan diri daripada pemangsa’.
BACA: Lelaki Ini Banggakan Malaysia, Sekolah-sekolah Di Jepun Guna Aplikasi Ciptaannya
Sekiranya buah sudah rosak, bergetah, atau berair, ia akan mengakibatkan raphides yang kemudiannya menusuk lapisan rongga mulut ‘pemangsa’ hingga membuatkannya berasa iritasi (rengsa).
Bukan itu sahaja, dalam nanas juga mengandungi enzim bromelain yang bertindak sebagai pemecah protein. Ini kerana bromelain mempunyai kesan mucolytic yang boleh ‘memecahkan’ lendir air liur yang melindungi lapisan rongga mulut.
Secara tidak langsung, ia boleh menyebabkan rasa ‘cucuk’ di dalam mulut ditambah kandungan pH nanas yang berasid.
Dalam satu kajian yang dilakukan di Institut Sains Agrobiologi Kebangsaan di Jepun pada 2014 telah memberi makan larva jenis silkmoth Eri herbivor dengan daun yang disapu raphides daripada buah kiwi dan daun yang disapu dengan bromelain.

Hasil penyelidikan mendapati pertumbuhan larva semakin kurang apabila diberi makan dengan kedua-dua bahan itu, Kajian itu juga membongkarkan sinergi ini memerlukan raphides kekal dalam bentuk ini (jarum kristal).
Oleh itu, ia boleh menjadi mekanisme pertahanan diri yang menusuk lapisan mulut dan faktor lain lagi.
Nanas Berbahaya?
Persoalannya, adakah nanas berbahaya? Jawapannya adalah tidak.
Menurut pembantu profesor klinikal tambahan dermatologi (pakar dalam tumbuhan alahan merengsa) di Sekolah Perubatan Universiti Indiana, Doktor Michael P. Sheehan, kerengsaan bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan, lapor SELF
Dari sisi lain, enzim bromelain mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan. Ia boleh bertindak sebagai antioksidan dan anti-radang.
BACA JUGA: Kenali Pencipta Trofi Piala Asia AFC
Menurutnya, enzim itu juga boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan selepas kecederaan atau pembedahan.
Macam Mana Nak Kurangkan Rasa Gatal Atau Mencucuk Nanas?
Menurut Dr Sheehan lagi, terdapat dua cara mengurangkan rasa gatal atau rengsa pada mulut. Sebagai contoh panaskan nanas sehingga suhu 57 Celsius (135 fahrenhiet).
Yang kedua, anda juga boleh mencampurkannya ke dalam beberapa ais krim atau smoothie nanas.
Sementara itu, dalam satu perkongsian video di TikTok oleh pemilik akaun @sf_microscopy juga mendedahkan perkara menakjubkan itu.
Dalam klip berdurasi 21 saat itu, dia mengambil cebisan isi nanas untuk dilihat di bawah mikroskop. Hasilnya, dia mendapati terdapat beribu-ribu ‘jarum’ yang dipanggil raphides.
Untuk lebih penjelasan boleh tonton video di bawah.
@sf_microscopy One of my favorite fruits is pineapple, but every time I eat them, my mouth tingles. I read that the fruit contains raphides! Kiwis, grapes, taro, and yams also have large amounts of these crystals. These needles serve as a defensive function against insect herbivors to deter them from eating the plant’s fruits and protect the seeds. The needles work with other chemcial substances, like bromelain in the pineapple, to amplify the effects. #microscope #microbiology #underthemicroscope #microscopy #microcosmos #nature #pineapple #crystals #fyp #fypage #fypシ