Siakap Keli
raja zarith sofiah raja permaisuri agong
Kredit Facebook/Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Dari Puteri Perak, Raja Zarith Sofiah Kini Bergelar Raja Permaisuri Agong 

Dari Puteri Perak, Raja Zarith Sofiah Kini Bergelar Permaisuri Agong 

Istiadat penuh simbolik bersempena lafaz sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17 telah menyaksikan Sultan Ibrahim secara rasmi memegang jawatan tersebut bagi tempoh lima tahun.

Istiadat itu telah diadakan pada mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) di Balairung Seri, Istana Negara pada pagi tadi.

Dalam istiadat itu juga telah menyaksikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.

Turut hadir sama menyaksikan lafaz sumpah itu adalah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bersama anakanda-anakanda baginda.

Apabila bercakap soal Raja Zarith Sofiah, pasti ramai yang tidak mengenali keperibadian baginda yang sangat mesra dan lemah lembut.

Justeru, penulisan pada hari ini akan menfokuskan kepada Tuanku Raja Zarith Sofiah selaku Raja Permaisuri Agong yang terbaru.

BACA: Ini Lima Fakta Menarik Tentang YDPA Ke-17, DYMM Sultan Johor

Puteri kerabat Diraja Perak

Untuk pengetahuan, Tuanku Raja Zarith Sofiah diputerikan pada 14 Ogos 1959 di Hospital Batu Gajah, Perak.

Baginda merupakan puteri kedua Sultan Perak ke-33, Sultan Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kadasallah dan Raja Perempuan Perak Raja Perempuan Muzwin binti Almarhum Raja Ariff Shah.

Pada bulan Mac 1983, Raja Zarith Sofiah telah diperkenankan dengan anugerah Darjah Kebesaran Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M). Anugerah itu telah diberikan oleh Paduka Ayahanda DYMM Sultan Perak pada ketika itu.

Kahwini Putera Sultan Johor

Pada 22 September 1982, Baginda telah dijodohkan dengan Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang ketika itu masih digelar Tunku Mahkota Johor.

Ketika perkahwinan itu berlangsung, baginda berumur 23 tahun manakala Sultan Johor pula berumur 24 tahun.

Penyatuan dua pasangan diraja ini kemudiannya dikurniakan enam cahaya mata. Anakanda sulung baginda, Tunku Ismail kini bergelar Tunku Mahkota Johor dan juga Pemangku Sultan Johor.

Raja Zarith Sofiah
Kredit Facebook/Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Permaisuri Negeri Johor

Setelah kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada Januari 2010, Sultan Ismail yang pada ketika itu bergelar Tunku Mahkota telah dimasyurkan sebagai Sultan Johor.

Sultan Ibrahim telah mendapat gelaran DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, manakala Tuanku Raja Zarith memakai gelaran DYMM Raja Zarith Sofiah.

Seorang Permaisuri yang bijaksana

Raja Zarith Sofiah telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datin Khadijah, Kuala Kangsar. Baginda kemudiannya melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kalsom, Kuala Kangsar.

Pada September 1972, Tuanku telah melanjutkan pengajiannya di Cheltenham Ladies College di England hingga tamat Tingkatan Enam.

Tuanku kemudianya meneruskan pengajiannya di Davies College, London pada tahun 1977.

Pada tahun 1978, Tuanku telah diterima masuk ke Somerville College, Unversiti Oxford. Setelah lulus peperiksaan Oxford dengan mendapat Ijazah Bachelor of Arts pada tahun 1983.

Baginda mempelajari beberapa bahasa seperti bahasa Mandarin, Perancis dan Itali. Malah, baginda juga telah memilih bahasa Mandarin sebagai mata pelajaran ijazahnya di Universiti Oxford.

Sesungguhnya, baginda mempunyai peranan yang penting dalam memantapkan sistem pembelajaran di Malaysia.

Tuanku Zarith Sofiah banyak mengadakan forum dan kerjasama dengan pakar-pakar dari luar negara dalam perbincangan berkenaan hala tuju pendidikan negara.

Semoga Tuanku Raja Zarith Sofiah dikurniakan kesihatan yang baik dan seterusnya menjadi penasihat penting disamping YDPA Sultan Ibrahim dalam mentadbir negara.

Sumber: Kerajaan Negeri Johor Darul Ta’zim, Astro Awani

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.