Siakap Keli
mengamuk ugut guru

Mengamuk & Ugut Guru Di Sekolah, Lelaki Ditahan

Mengamuk & Ugut Guru Di Sekolah, Lelaki Ditahan

Seorang lelaki yang dipercayai mengugut guru di sebuah sekolah di Kota Kinabalu pada Isnin lalu dilapor telah ditahan polis.

Memetik Sinar Harian, lelaki berusia 49 tahun itu ditahan kerana mengamuk selepas anak lelakinya didakwa dipukul selepas didapati merokok di dalam tandas sekolah.

Difahamkan, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 9.30 pagi di sebuah sekolah yang terletak di Sabah.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata bahawa pengadu telah dimakumkan tentang beberapa pelajar merokok di dalam tandas sekolah.

“Pengadu kemudian terus ke tandas untuk membuat pemeriksaan dan terhidu bau asap rokok selain terdapat tiga pelajar berada di dalam tandas tersebut.

“Pengadu mahu membawa pelajar ke bilik dislipin tetapi pelajar tersebut bertindak agresif dan hasil pemeriksaan pada beg pelajar itu telah menemui satu kotak rokok,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Kata Mohd Zaidi lagi, susulan kejadian itu, bapa pelajar terbabit kemudiannya telah datang ke sekolah dalam keadaan marah dan sedang beremosi.

“Bapa pelajar tersebut mempersoalkan pengadu kenapa memukul anaknya namun pengadu telah menjelaskan bahawa dia menahan dan membuat pemeriksaan terhadap pelajar tersebut.

“Bagaimanapun, suspek tidak dapat menerima penjelasan tersebut dan terus memaki hamun serta mengamuk di dalam bangunan sekolah,” katanya.

Menurut Sinar Harian, suspek telah ditahan dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Suspek telah mengeluarkan kata-kata ugutan terhadap guru sekolah dan siasatan masih diteruskan,” katanya.

Terdahulu, video berdurasi satu minit 16 saat yang tular di media sosial itu telah menunjukkan guru dan pelajar bertengkar di dalam sebuah bangunan sekolah.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.